Gambar seperti aktiviti santai. Polis akan panggil Neelofa dan PU Riz bantu siasatan

Gambar seperti aktiviti santai. Polis akan panggil Neelofa dan PU Riz bantu siasatan

Polis akan memanggil Neelofa dan suaminya, Haris Ismail untuk rekod keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pasangan pengantin itu berbulan madu di Langkawi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial, pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP). Pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah gambar aktiviti dimuat naik itu sebahagian daripada kegiatannya perniagaannya.

Walaubagaimanapun, gambar itu seperti aktiviti santai-santai sahaja. Jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP. Ini disebabkan mereka datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini SOP melancong yang kerajaan umum sebelum ini

Sebelum ini kerajaan mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain.

Kebenaran pergerakan itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan.

 

Syarikat agensi pelancongan perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergerakan rentas negeri. Perjalanan mestilah terus ke negeri PKPP dan tidak dibenarkan berhenti di mana-mana negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala tempat penginapan sudah ditetapkan dan aktiviti pelancongan juga perlu ditetapkan lebih awal.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *