Tular berita seorang anggota polis kononnya mati kerana vaksin. Ini cerita sebenarnya

Tular dalam media sosial kononnya seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 58 tahun yang bertugas di Lawin, Gerik meninggal dunia akibat komplikasi dos kedua vaksin Covid-19.

Jabatan Kesihatan negeri menafikan dakwaan tular dalam media sosial bahawa terdapat kematian seorang anggota polis di Gerik disebabkan komplikasi dos kedua vaksin Covid-19.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming tampil menjelaskan bahawa, anggota balai polis Gerik berusia lingkungan 50-an itu, menerima dos pertama pada 13 Mac lepas dan menerima dos kedua pada pukul 9 pagi Sabtu.

“Semasa penerimaan vaksin dos pertama itu, pesakit tidak mengadu sebarang gejala, begitu juga selepas menerima vaksin dos kedua, tiada gejala selepas 30 minit pemerhatian,” – katanya

Masih tiada kes kematian yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19

Menurut Dr Ding Lay Ming, anggota polis berkenaan yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis itu mengadu sakit pada waktu tengah hari dan diberi rawatan awal di Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Taiping, kerana mengalami sakit jantung (Myocardial Infarct) dan keadaan pesakit kini adalah stabil.

“Orang ramai digesa supaya tidak menularkan sebarang berita yang belum sahih kerana dibimbangi menimbulkan kegusaran orang ramai,” 

Menurut siasatan yang dilakukan oleh agensi berita Deutsche Welle (DW), masih tiada kes kematian yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 di seluruh dunia. Walaupun terdapat beberapa tajuk berita di beberapa negara yang menulis sebegitu.

“Dalam setiap kes, lebih banyak berita yang menawan berbanding fakta. DW mengkaji laporan dari Itali, Austria, Korea Selatan, Jerman, Sepanyol, Amerika Syarikat, Norway, Belgium dan Peru, yang mendapati bahawa dalam kebanyakan kes, pihak berkuasa kesihatan tidak menemui kaitan antara vaksinasi dan kematian.” 

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan