KITASIHAT

Air kencing lembu tak dapat selamatkan pelakon Bollywood ini dari dijangkiti virus

Sebelum ini, pelakon Bollywod terkenal, Akshay Kumar pernah mendedahkan dia mengamalkan meminum air kencing lembu pada setiap hari untuk mengelak jangkitan Covid-19.

Namun, sebaliknya berlaku apabila dilaporkan penggambaran filem epik Ram Setu yang dibintanginya terpaksa dihentikan selepas 45 kru disahkan positif Covid-19. Pelakon Bolyywood itu turut  mengesahkan diuji positif Covid-19 pada Ahad lalu. Katanya, dia kini dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya disahkan positif Covid-19. Terima kasih semua orang untuk doa kamu, ia nampaknya berkesan dan saya rasa baik-baik saja. Tapi demi keselamatan, saya perlu menjalani rawatan di hospital. Harap boleh kembali pulih seperti sedia kala,” – tulis Akshay Kumar

Tiada bukti khasiat air kencing haiwan untuk kesihatan

Seorang wanita India meminum air kencing lembu semasa acara yang dianjurkan oleh kumpulan agama Hindu untuk mempromosikan penggunaannya sebagai penawar untuk novel coronavirus di New Delhi pada bulan Mac 2020.

Dilip Ghosh, anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah negara itu mencadangkan pada tahun lalu bahawa meminum air kencing lembu akan membantu meningkatkan kekebalan terhadap COVID-19.

“Mereka yang meminum alkohol, bagaimana anda akan memahami nilai seekor lembu?” – katanya

Dia bukanlah yang pertama membuat dakwaan itu. Rakan separtinya, Suman Haripriya, mengatakan pada bulan Mac tahun lepas bahawa air kencing dan tahi lembu dapat membantu menyembuhkan pesakit koronavirus.

Memang setakat ini belum ada bukti mengenai air kencing haiwan berkenaan mempunyai khasiat atau baik untuk kesihatan, namun sejumlah ahli politik dari sayap kanan negara India berkempen untuk menggunakan tahi dan air kencing lembu bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Exit mobile version