Gara-gara urusan kerja versi Neelofa. Rentas negeri lebih ketat dan perlu bukti aktiviti

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemeriksaan lebih ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan bermula minggu depan.
Difahamkan selepas ini tidak ada kompromi atau minta jasa baik pihak polis untuk merentas negeri jadi tiada lagi alasan kononnya urusan kerja tetapi pergi berbulan madu,
Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis dan tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu.
“Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu, tidak dapat berbuat demikian.
“Pelbagai cara akan digunakan orang awam untuk berbuat demikian, jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.” – katanya lagi
Tular sekeping memo di sebuah balai polis
Lebih menyedihkan netizen lagi, tular sebuah memo di sebuah balai polis yang tertulis begini,
“Arahan Dari Ketua Polis Daerah:
-Ekoran isu instafamous, celebrity dan artis yang salah guna kebenaran rentas yang diberi PDRM.
–Arahan T/KP dalam mesyuarat sekarang mewajibkan pemohon perlu tunjukkan bukti aktiviti setiap hari dipohon. Contoh 3 hari, apa akativiti 3 hari tersebut.”
Dalam memo itu turut mengingatkan orang ramai bahawa jika hanya sekadar membawa kad pengenalan, tidak akan dibenarkan rentas negeri. Seseorang itu wajib mempunyai dokumen sokongan. Pegawai polis yang menguruskan urusan rentas negeri juga perlu lebih terperinci sebelum memberi kebenaran.
Potensi kes potensi kembali meningkat itu ada
Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 1.02 pada Sabtu (4 April 2021) berbanding 0.97 hari sebelumnya. Nilai ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.5. Negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 ialah Perak, Pahang, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Sarawak dan Melaka.