KITASIHAT

Video pemilik kedai tampar rider Foodpanda tular. Ini punca pertengkaran berlaku

Tular sejak semalam video seorang rider Foodpanda ditampar pemilik kedai makan. Menurut komen netizen, kejadian dikatakan berlaku di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam video yang berdurasi 57 saat itu, dapat dapat dilihat rider tersebut ditampar oleh pemilik kedai dan berlaku pertengkaran sehingga dileraikan orang awam.

Dalam kejadian itu dipercayai rider tersebut kesal dengan sikap pemilik kedai yang menyusahkan rider hingga terpaksa menanti terlalu lama. Dijelaskan bahawa pihak kedai telah menyiapkan makanan dengan kadar yang lambat memandangkan pesanan masuk terlalu banyak.

Pihak mereka meminta rider untuk menghantar makanan yang sudah siap terlebih dahulu, namun pihak rider memaklumkan mereka tidak boleh sesuka hati melakukan hal tersebut jika ada makanan yang belum siap disediakan

Namun begitu, menerusi komen di Facebook Warga Kota Damansara, pihak rider tersebut telah membuat laporan polis. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan.

Berlatih kawal kemarahan anda walaupun dalam situasi yang sukar

Kejadian ini menunjukkan si pemilik kedai melepaskan rasa marah kepada rider dengan melakukan sentuhan fizikal. Ini menunjukkan si pemilik kedai tidak pandai menguruskan kemarahan. Kita perlu memuji rider Foodpanda yang begitu tenang walaupun selepas ditampar.

Kemarahan adalah emosi yang normal dan sihat – tetapi penting untuk menghadapinya dengan cara yang positif. Kemarahan yang tidak terkawal dapat mempengaruhi kesihatan dan hubungan anda. Beberapa tips ini boleh diamalkan dalam mengurus perasaan marah.

  1. Fikir sebelum kamu bercakap: Dalam keadaan tegang, mudah untuk mengatakan sesuatu yang kemudian anda akan menyesal. Luangkan sedikit masa untuk anda berfikir sebelum mengatakan apa-apa – dan biarkan orang lain yang terlibat dalam situasi itu melakukan perkara yang sama.
  2. Setelah anda tenang, luahkan kemarahan anda: Sebaik sahaja anda berfikir dengan jelas, nyatakan kekecewaan anda dengan cara yang tegas tetapi tidak bersifat konfrontatif. Nyatakan keprihatinan dan keperluan anda dengan jelas dan langsung, tanpa menyakiti orang lain atau cuba mengawalnya.
  3. Kenal pasti penyelesaian yang mungkin: Daripada menumpukan perhatian pada perkara yang membuat anda marah, berusaha menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan memperbaiki apa-apa dan hanya akan membuatnya lebih teruk.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Exit mobile version