Penangan putus cinta, lelaki ini terjah pelamin di pejabat jabatan dan mengaji sekuatnya

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berkongsi suatu kejadian yang mengejutkan di Twitter-nya. Seorang lelaki dilaporkan nekad meluru ke ruang majlis akad nikah di pejabat JAWI, dan duduk di pelamin sambil berzikir serta mengaji dengan kuat, semalam (7 April 2021).

Tindakannya itu, yang dipercayai akibat tekanan selepas putus cinta. Namun, situasi itu dapat ditangani dengan tenang oleh pihak keselamatan, kata JAWI dalam catatan di Twitter pada 11.19 pagi ini.

“Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.” – seperti ditulis Twitter JAWI

Kebanyakan warganet berkongsi rasa simpati terhadap lelaki berkenaan dan mendoakan semoga dia berjaya mengatasi kemurungan dan kekecewaan serta menjadi lebih kuat untuk menghadapi hari mendatang.

Menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun

Menurut Myheatlh, kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya.

Lebih teruk lagi, jika tidak ditangani secara berkesan, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri. Di portal Myhealth turut berkongsi sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:

  • Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
  • Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
  • Penyakit kronik
  • Ciri-ciri peribadi
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu

Minta pertolongan adalah langkah pertama untuk mengatasi masalah kemurungan. Antara langkah-langkah lain yang boleh diambil termasuklah menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru agama

Memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih berkelayakan:

  • Doktor
  • Ahli Psikologi
  • Pakar Psikiatri

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan