Tular gambar adik Achik Spin kurus keding dan pucat. Isteri dedah penyakit suaminya itu

Tular gambar adik Achik Spin kurus keding dan pucat. Isteri dedah penyakit suaminya itu

Peminat seni tanah air pasti tidak terlepas untuk melayan karya kumpulan Spin. Seperti yang kita tahu, vokalisnya iaitu, arwah Achik telah meinggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Baru-baru ini, tersebar sekeping gambar menunjukkan adik kepada Allahyarham Achik Spin iaitu Khalis dalam keadaan kurus dan pucat. Khalis dilihat diusung masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

Gambar yang telah disahkan sendiri oleh isteri Khalis telah menimbulkan pelbagai tuduhan kepada Khalis sendiri. Terdapat sesetengah pihak yang menuduhnya mengambil dadah dan sebagainya.

Isteri Khalis, Zalina Azman walau bagaimanapun menafikan dakwaan negatif netizen menuduh suami mengambil dadah. Menurut Harian Metro, isterinya meminta orang ramai tidak perlulah menghukum apabila tidak mengetahui tahap kesihatan sebenar suami.

“Suami saya tidak merokok, apatah lagi nak ambil dadah. Suami saya seorang yang anti dadah dan dia juga bukan perokok. Keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi selama ini.” – katanya

Katanya lagi, suami hanya mengetahui menghidap kencing manis pada Februari lalu apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Mengenai keadaan Khalis, isteri memaklumkan suami berada dalam keadaan baik namun pada waktu tengah hari tiba-tiba separuh sedar.

“Saya cuba memanggilnya tetapi tiada respon sebelum kami membawanya ke HTJ. Dia kemudian dimasukkan ke zon merah jam 5 petang hingga 11 malam kelmarin. Selepas itu baru dia ditempatkan di wad biasa.” – katanya lagi

Sebagai seorang isteri, Zalina memohon orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas mengatakan suami jatuh sakit angkara dadah. Dia turut memohon agar orang ramai mendoakan suami segera sembuh seperti sedia kala.

Inilah situasi di mana seseorang itu berpenyakit kencing manis

Menurut Myhealth, kencing manis (Diabetes Mellitus) terjadi apabila pankreas yang merupakan organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin.

Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah. Inilah situasi di mana seseorang itu berpenyakit kencing manis.

Terdapat beberapa tanda dan gejala yang kita boleh perhatikan jika seseorang itu menghidapi penyakit kencing manis. Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:

  • Kabur penglihatan.
  • Penyakit kulit yang berterusan.
  • Luka lambat sembuh.
  • Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan
  • Kebas kaki

Tanda-tanda lain termasuk:

  • Dahaga
  • Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak
  • Letih dan lesu
  • Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik
  • Kelemahan otot
  • Kegatalan tanpa ruam

Jika anda atau orang sekeliling anda mempunyai tanda-tanda dan gejala-gejala seperti di atas. Dapatkan nasihat dan rawatan doktor di klinik atau hospital berdekatan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *