Minta penyewa bayar sewa tertunggak 3 bulan. Malangnya tuan rumah yang dikunci

Minta penyewa bayar sewa tertunggak 3 bulan. Malangnya tuan rumah yang dikunci

Bukan semua orang memiliki rumah sendiri. Sesetangahnya terpkasa menyewa atas faktor-faktor tertentu. Namun, setiap penyewa mempunyai tanggungjawabnya tersendiri apabila bersetuju untuk duduk di rumah milik tuan rumah itu.

Biasanya kita mendengar keluhan tuan rumah terhadap kebersihan rumah. Tapi, kali ini isu yang tular lebih ekstrem lagi apabila tuan rumah dikunci oleh penyewa di rumahnya sendiri.

Menerusi satu video TikTok oleh Kamil Hakimi, dia berkongsikan mengenai seorang wanita yang dianiaya penyewa rumahnya. Wanita yang mengakui dirinya sebagai pemilik rumah itu memberitahu penyewa berkenaan sudah tiga bulan tidak membayar sewa.

Namun masih tinggal bersamanya di dalam rumah tersebut kerana menyewa salah satu bilik. Disebabkan itu, pemilik berkata dia terpaksa menukar mangga pintu yang baru sebagai amaran.

Bagaimanapun, ketika pemilik pulang dari kerja dan memasuki rumah, mangga kunci telah di tukar dan kemungkinan berlaku pada waktu malam ketika penghuni sedang tidur.

Berikutan itu, pemilik rumah telah terkurung sehingga terpaksa menghubungi bomba untuk memecahkan mangga berkenaan. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bersimpati dengan nasib pemilik berkenaan serta geram dengan sikap biadap penyewa sedangkan dia yang tidak membayar sewa.

Jika difikir secara waras, isu ini tidak patut berlaku kerana penyewa itu sendiri bertanggungjawab membayar sewa secara bulanan. Diharapnya isu ini dapat diselesaikan sebaiknya.

Selain tanggungjawab membayar sewa, penyewa juga perlu bersikap amanah dalam bab kebersihan rumah yang disewa. Tidak perlu dikemas setiap jam, tetapi ada cara untuk pastikannya ia bersih agar kita hidup dalam persekitaran yang sihat.

5 trick mudah agar rumah sewa/sendiri anda sentiasa kemas tanpa perlu kemas berjam-jam

Seorang penulis Huffington Post telah berkongsi 5 tips mudah agar rumah sentiasa nampak kemas tanpa melibatkan kerja membersih berjam-jam. Lagi-lagi kita yang sibuk bekerja dan balik rumah sewa nak terus tidur ni. Antara tips atau trick yang dikongsikan adalah:

1. Tahu membezakan antara kemas dan bersih

Sebuah rumah boleh menjadi bersih apabila permukaan dan lantai digosok, perabot dan permaidani dikosongkan, dan bilik mandi berkilat.

Tetapi jika terdapat pakaian di seluruh tempat tidur dan barangan bersepah di seluruh lantai dan bernaskah buku dan gumpalan kertas di mana-mana, rumah itu tidak akan kelihatan bersih kerana tidak kemas. Kita rasa tenang dan selesa ketika rumah kita kemas walaupun sedikit kotor.

2. Jadikan amalan mengemas satu tabiat

Orang yang kediamannya selalu kelihatan bersih tidak menunggu sehingga kelihatan seperti dalam rumah diboma dan kemudian tersedar dan menghabiskan berjam-jam membersihkannya.

Anda perlu mempunyai rutin (tidak berjadual) untuk memastikan setiap bilik kelihatan kemas. Contohnya, seperti menyusun semula bantal dan melipat selimut selepas tidur, menyidai pakaian selepas bauh dan melipat pakaian cucian selepas keluar dari mesin pengering.

3. Bersihkan terus lepas guna

Menjadikan kerja membersih sebagai kebiasaan. Anda perlu mencuci pinggan terus selepas makan malam, membersihkan bilik mandi selepas digunakan, dan mereka menyapu lantai selepas makan.

Dengan memastikan permukaan utama tetap bersih sepanjang minggu, anda tidak perlu meluangkan masa untuk melakukan tugas-tugas ini dalam satu masa khusus yang memerlukan berjam-jam dan tenaga yang banyak.

4. Simpan sedikit sahaja barang

Sukar untuk rumah kelihatan bersepah apabila pemiliknya tidak mempunyai banyak barang. Daripada menghabiskan banyak masa menyusun barangan yang banyak dan kemudiannya bersepah seminggu kemudian, anda hanya perlu menyusun seringkas mungkin barang yang perlu sahaja.

5. Simpan satu laci/almari lebih

Manusia itu tidak sempurna dan semuanya takkan bersih dan kemas sentiasa. Oleh itu, simpan satu laci atau almari lebih yang kosong, jadi apabila ada tetamu datang, mana barang yang bersepah itu, letak sahaja dalam laci atau almari itu buat seketika. Nanti sudah selesai, boleh susun semula.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.