Tular video cacing halus pada pelitup muka, lalu direbus. Ini bahayanya kepada pemakai

Tular video cacing halus pada pelitup muka, lalu direbus. Ini bahayanya kepada pemakai

Perkongsian seorang pemilik Facebook yang tular mengenai terdapat cacing halus pada pelitup muka sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan memasak sebelum menggunakan pelitup muka itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Isu ini tersebut turut mendapat perhatian doktor perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman yang tampil memberikan pandangan menerusi Facebooknya. Dr Arisman menegaskan jangan sesekali basuh atau masak (rebus) pelitup muka jenis tiga lapisan itu.

Ini sebabnya yang kita semua perlu kita tahu.

Itu bukan cacing halus…

Mneurut Dr. Arisman, dakwaan cacing halus pada pelitup muka adalah tidak benar. Ianya sebenarnya serat benang halus apabila bertindak balas dengan wap. Serat hitam atau debu itu bergerak seperti “cacing” kerana faktor fizik.

Jika anda lakukan ujian seperti itu dan mendapati ada serat benang hitam begitu, ianya menunjukkan pelitup muka itu adalah bekas atau sudah lama. Pelitup muka yang baru tidak akan dijumpai keadaan begitu.

“Gerakkan cacing sebenar juga tidak begitu.. jangan risau ok. Dapatkan pelitup muka yang berkualiti.”

Apabila pelitup muka itu sudah basah, ia akan mengganggu penapisan kuman

Menurut Dr Arisman, apabila pelitup muka itu sudah basah, ia akan mengganggu penapisan kuman atau zarah di lapisannya sehingga menyebabkan kesukaran bernafas apabila seseorang memakainya.

“Pada masa sama, ada kajian menunjukkan kecekapan penapisan atau filtration efficiency menjadi rendah iaitu di bawah 95 peratus,” – tulisnya

Selain itu, pelitup muka yang dibeli itu hanyalah untuk sekali guna sahaja (single use). Jika mahu menggunakan sehari sahaja boleh, tetapi bukan sampai dua atau tiga hari.

Pada masa sama, ada sesetengah orang yang kurang berkemampuan sehingga terpaksa membasuh pelitup muka untuk menghilangkan kotoran.

“Namun, ia bukan cara terbaik. Tindakan itu bukan sahaja tidak pemberi pelindungan kepada si pemakai, malah akan lebih memudaratkan,” ujarnya lagi.” – tulisnya lagi

Oleh itu, saranan Dr Arisman, kaedah lainnya, orang ramai boleh membeli pelitup muka jenis kain agar ia dapat dicuci dan dipakai semula.

Mengulas dakwaan cacing terdapat pada pelitup muka pula, Dr Arisman berkata, sejak 13 tahun dalam dunia perubatan, beliau belum pernah beliau menemui kes sebegitu. Pendek kata, ia sangat mengarut.

Selain itu, pesannya lagi, tidak perlu menyembur alkohol pada pelitup muka kerana itu sangat bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *