Tak perlu sekat makan. Kisah lelaki ini diet dari obesiti kelas III kembali ke normal BMI

Tak perlu sekat makan. Kisah lelaki ini diet dari obesiti kelas III kembali ke normal BMI

Seperti yang kita tahu, negara kita mempunyai kadar tertinggi penyakit obesiti dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara. Perkara ini tidak lagi mengejutkan kerana ia masih berlaku dan berpanjangan.

Masalah ini mungkin bertambah teruk lagi dalam situasi pandemik sekarang yang menyebabkan ramai antara kita menghabiskan masa di rumah.

Keadaan seperti ini pastinya merisaukan kita semua yang betul-betul nak jaga kesihatan. Jadinya, kita memerlukan sedikit motivasi dan inspirasi daripada orang lain agar kekal positif untuk menjaga kesihatan.

Itulah yang telah dilakukan pemilik FB dengan nama Kura-kura Berjoging yang sudi berkongsi tips berdietnya yang berjaya menurunkan 62 kg dalam masa 8 bulan setengah.

Mula dengan kurangkan portion hidangan

Semuanya bermula dengan mengurangkan jumlah dalam setiap hidangan atau portion. Tulisnya seperti berikut:

“Contoh sebelum ni pagi nasi lemak, saya tukar dengan roti wholemeal. Lunch sebelum ni nasi 1 pinggan penuh, saya kurangkan jadi 1 ¹/² cawan. Dinner selalunya makan nasi kandar, nasi lemak, saya tukarkan dengan bihun goreng, bihun sup, pasembur, pasta, ayam tandoori, naan, laksa dll.” – tulisnya

Manakala makanan manis, dia berhenti dari mengambilnya terus. Hanya minum air kosong atau air masak sahaja.

“Sebab baru nak mula, kena slow slow bagi badan terima perubahan makanan. 3 bulan pertama saya hilang 30kg. Lepas tu saya beralih pula ke tahap kedua.

Saya masuk fasa diet Diet Suku Suku Separuh (DSS) + Intermittent Fasting (IF) (2bulan). Masa ni saya start kira kalori guna app healthifyme. Makan saya ikut menu DSS, tapi saya pelbagaikan.

Contoh ayam bakar, ikan bakar, asam pedas, sup ayam, masa ni kuah saya tinggalkan, ganti dengan sambal belacan, air asam, air mineral. Dalam masa 2 bulan 7kg je turun tapi inch loss banyak, badan pun nampak mengecil.”

Masuk fasa makan secara bersih dan kardio

Kemudian, dia bergerak ke fasa ketiga iaitu Eat Clean + IF (3 bulan setengah yang mana pemakanan sangat dijaga.

“Makanan berminyak, berkuah ,bergula tak sentuh. Menu wajib lunch nasi+dada ayam rebus@grill, ikan bakar, telur rebus, tauhu air fryer, tempe air fryer+sayur+apple hijau.

Contoh dinner ubi keledek Jepun, roti wholemeal telur rebus, sup sayur dll. Masa ni baru saya start exercise, saya buat cardio berjalan, jogging, berbasikal. Slhamdulillah turun 25kg, masa ni berat lemak+inch loss paling banyak.”

Sekarang masuk fasa mantain, buat cardio+weight train sebab nak hilangkan mengelebeh kulit sikit-sikit. Makan kira kalori. Nasihat saya mulalah slow-slow. Lain badan lain ragam, kita buat cara kita walaupun slow-slow.”

Hasil yang dicapai setakat ini adalah seperti berikut:

  • XXL kepada M
  • Dari Obese Class III kepada normal BMI
  • Dari saiz 42 kepada 30

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *