Akibat suka mengeteh di warung selepas solat di surau, daerah ini bertukar zon merah

Akibat suka mengeteh di warung selepas solat di surau, daerah ini bertukar zon merah

Daerah Besut bertukar menjadi zon merah semalam (10 April 2021) apabila merekodkan pertambahan 24 kes positif COVID-19 bagi Kluster Belaoh menjadikan jumlah keseluruhan 49 kes direkodkan daripada kluster itu.

Kluster Belaoh yang didaftarkan pada 6 April lepas adalah kluster komuniti yang melibatkan daerah Besut dan Marang di Terengganu serta daerah Bachok di Kelantan.

Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 62 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April hasil saringan individu bergejala.

Sehingga kini seramai 945 individu sudah disaring termasuk penduduk di dua kampung bersebelahan iaitu Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak.

Berpunca dari rutin komuniti yang suka mengeteh

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus kluster yang bermula di Kampung Bela Oh di Besut itu berpunca daripada rutin penduduk yang suka ‘mengeteh’ di kedai-kedai kopi selepas selesai menunaikan solat di masjid dan surau tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sekelip mata daerah Besut bertukar (status) merah. Bayangkan jika kita tidak laksanakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) di kawasan tersebut.

Kemungkinan akan berlaku kluster yang besar di daerah Besut akibat pergerakan bebas kes positif yang ramai tu. Ramadan 2021 bakal menjelma tak lama lagi.

“Rakyat gembira nak sambut Ramadan nak berbuka bersama keluarga, sedangkan petugas kesihatan akan berbuka di lapangan bersama-sama kawan…

Justeru tolong raikan pengorbanan mereka dengan cara patuhi SOP,” – tulisnya di FB

Ketika ini terdapat 126 kes aktif COVID-19 di Terengganu dengan kes tertinggi di Besut (61) diikuti Kuala Nerus (27), Kuala Terengganu (17), Dungun (13), Marang (empat), Setiu (dua) dan Hulu Terengganu (dua).

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *