Kejut tak bangun bangun. Video Timb. Men. Kerja Raya tidur mati di majlis konvokesyen

Melalui perkongsian di Twitter imDeen, dapat dilihat satu video yang agak memalukan yang didakwa melibatkan Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Syazlee Bin Shith di sebuah majlis.
Video ini dirakam oleh seorang bapa yang anaknya merupakan penerima sijil tahfiz dalam majlis ini. Luahannya seperti berikut,
“Pagi ni kawan aku hadir majlis penyampaian sijil tahfiz anaknya, jemputlah Timbalan Menteri. Dia boleh tidur masa majlis sedang berjalan. Kejut tak bangun pula tu.
— imDeen الدين🇲🇾 (@aiamDeen) April 10, 2021
Mungkin ini situasi apabila anda microsleep. Anda sedang duduk, tahu-tahu terlelap. Inilah yang berlaku apabila kita tidak mengurus dengan betul jadual tidur kita. Mari kita belajar cara terbaik untuk uruskan waktu tidur agar kekal segar sewaktu bekerja.
Jumlah waktu tidur yang sihat untuk orang dewasa adalah antara antara tujuh hingga sembilan jam
“Microsleep biasanya berlaku antara tiga hingga lima saat, dan dalam jangka masa begitu cepat, kadang-kala anda mungkin tidak menyedari bahawa kejadian itu berlaku.” – Petikan dari Sleep Advisor
Dalam keadaan ini juga, mata anda mungkin terbuka, anda boleh duduk tegak dan anda mungkin menjalankan tugas, tetapi bahagian otak anda telah benar-benar tidak sedar. Dengan kata lain, anda mungkin berfikir bahawa anda sudah bangun, tetapi bahagian otak anda sebenarnya sedang tidur.
Untuk merawat dan mencegah microsleep, tiada jalan lain selain mendapatkan tidur secukupnya pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang sihat untuk orang dewasa adalah antara antara tujuh hingga sembilan jam. Anda perlu melakukan sedikit perubaham dalam gaya hidup dan meperbaiki rutin tidur anda. Ini termasuklah:
- Mengelakkan kafein sebelum tidur
- Mematikan sebarang lampu atau bunyi di sekitar tempat tidur anda
- Mengelakkan aktiviti yang buat anda aktif sebelum tidur
- Memastikan bilik tidur anda pada suhu yang selesa
Bagi mereka yang terpaksa berdepan tugasan kerja berulang yang menyebabkan kurang tidur seperti memandu jarak jauh, mengendalikan mesin berat atau hanya melakukan kerja di depan komputer selama 8 jam, anda boleh mencuba beberapa tips ini untuk mencegah terkena microsleep:
- Cari masa untuk tidur sekejap (nap). Hanya dengan 20 minit waktu tidur yang singkat dapat mengecas semula otak anda supaya anda lebih segar untuk jangka masa yang lebih lama.
- Mengubah apa yang anda lakukan selama beberapa minit setiap setengah jam untuk lebih mengaktifkan bahagian yang berbeza bagi mengurangkan kelesuan.
- Berbual dengan sesiapa kerana ia meningkatkan kadar pernafasan anda, serta menyalurkan lebih banyak oksigen dalam aliran darah anda.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat