Cara kita bancuh teh selama ini SALAH menurut Saintis. Ini caranya yang sebenar

Teh merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Jika dimanfaatkan sepenuhnya, teh mempunyai khasiat kepada kesihatan kerana kandungan antioksidan dan polifenol di dalamnya.
Ia dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, penyakit hati, serangan jantung, diabetes sehinggalah kanser.
Berdasarkan sebuah kajian, kebanyakan penggemar teh hanya mementingkan rasa dan aroma tatkala menikmati setiap hirupan. Namun, cara membancuh teh yang baik agar mendapatkan khasiatnya secara sepenuhnya kurang dipraktikkan.
Selama ini, apa yang kita buat apabila membancuh teh adalah dengan meletakkan uncang teh ke dalam cawan atau teko, tuang air panas, kemudian susu. Namun begitu, saintis mengatakan cara tersebut adalah salah.
Sebaliknya, cara sebenar membancuh teh yang sempurna adalah dengan menuang susu terlebih dahulu di dalam cawan teh, bukannya meletakkan uncang teh seperti yang selama ini kita buat.
Lebih-labih lagi, jika air yang digunakan adalah air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi.
Ada beza ke kalau bancuh susu dulu sebelum masukkan uncang teh?
Menerusi satu kajian yang dilakukan barisan penyelidik profesional, mereka mendapati bahawa air yang mengandungi mineral tinggi berupaya menghentikan sebatian perasa daripada terbentuk dengan betul.
Justeru, apabila menuangkan susu terlebih dahulu, ia memungkinkan proteinnya untuk menurunkan kandungan mineral air sekali gus mengunci rasa tersebut.
“Tetapi, jika susu ditambahkan pada awal proses bancuhan maka proteinnya dapat mengikat tanin dan mineral lain di dalam air – mencegahnya berubah menjadi padat – yang pada gilirannya memberi anda rasa yang jauh lebih unggul.” – kata Professor Mackie di Mirror UK
Perisa pada umumnya dihasilkan oleh sebatian yang berbeza dalam teh termasuk tanin khususnya. Tanin ialah bahan kimia yang larut dalam air, terutamanya dalam teh dan mempengaruhi rasa dan aroma teh.
Semakin banyak mineral yang terdapat di dalam air, semakin sukar bagi sebatian tersebut untuk mengembangkan rasa, mengakibatkan kita merasa secawan teh yang membosankan.
Jelasnya, membancuh teh dengan cara tradisional iaitu dengan mencelup uncang teh dalam air panas sebelum menambahkan susu, mengakibatkan tanin berubah menjadi pepejal sebelum dapat mengembangkan rasa dengan baik.
Namun, jika susu ditambahkan pada awal proses, protein dalam susu itu akan terikat dengan tanin dan mineral lain di dalam air dan kesannya memberi anda rasa menakjubkan.
Selamat mencuba!
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat