Lebih 3 juta tontonan. Wanita ini ajar cara cuci buah kurma untuk buang ulat

Lebih 3 juta tontonan. Wanita ini ajar cara cuci buah kurma untuk buang ulat

Bulan Ramadhan dan buah kurma memang tidak dapat dipisahkan. Selain makanan sunnah, ia juga adalah buah yang paling mudah didapati semasa bulan puasa dan menjadi pilihan jika anda mahu berbuka puasa dalam keadaan tergesa-gesa seperti terkandas dalam kesesakan jalan sewaktu berbuka.

Biasa bagi kita semua untuk terus makan buah kurma dari kotaknya tanpa perlu membasuh. Persoalannya, salah ke kalau makan terus buah itu tanpa membasuhnya?

Tidaklah salah, kerana setakat ini kita masih sihat sahaja. Namun begitu, telah tular sebuah video pendek di TikTok dikongsikan oleh seorang gadis ini yang menunjukkan bagaimana caranya mencuci buah kurma yang baru dibeli sebelum memakannya.

Menurut perkongsian gadis tersebut, basuhan itu adalah bagi menghilangkan kotoran dari buah kurma serta sebarang ulat yang ada di dalamnya.

Cara-cara membasuh buat kurma agar tahan lebih lama

@azween_muzani

Kurma ada ulat kena cuci dulu. #ramadhan #ramadhantiba

♬ original sound – Azween_Muzani – Azween_Muzani

Berdasarkan video tersebut. Cara basuhannya adalah dengan memasukkan buah kurma tersebut ke dalam air yang dicampuri garam selama 10 hingga 15 minit. Kemudian boleh simpan dalam bekas yang tertutup rapat. Bagaimanapun, ramai juga wargamaya yang mempersoalkan cara tersebut kerana kuatir buah kurma tidak tahan lama selepas dibasuh.

Namun, gadis yang dikenali dengan nama Azween Muzani itu membuat perkongsian video lain menunjukkan buah kurmanya yang melalui proses basuhan dari bulan Januari, bertahan sehingga kini.

Walaupun pelbagai persoalan timbul, Azween menyatakan ia terpulang kepada cara masing-masing dan tidak menjadi masalah untuk memakan buah kurma yang dibeli itu tanpa membasuhnya dahulu.

Kelebihan memakan buah kurma kepada tubuh badan

Kurma ini rasanya kenyal dan manis. Ia juga kaya akan nutrien penting dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan. Berikut adalah kelebihan buat kurma kepada kesihatan yang telah terbukti.

Dengan hampir 7 gram serat dalam hidangan 100 gram, memakan kurma adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat anda. Serat dapat memberi manfaat kepada kesihatan pencernaan anda dengan mencegah sembelit. Ia mendorong pergerakan usus secara berkala dengan menyumbang kepada pembentukan najis.

Menariknya, memakan kurma boleh membantu meningkatkan fungsi otak. Potensi ini dikaitkan dengan kandungan antioksidan yang diketahui dapat mengurangkan keradangan, termasuk flavonoid.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *