Cukup makan pisang & kurma. Aksi pemain bola liga Turki berbuka sewaktu perlawanan

Cukup makan pisang & kurma. Aksi pemain bola liga Turki berbuka sewaktu perlawanan

Cabaran berpuasa bagi setiap orang adalah berbeza. Tidak terlepas juga cabaran buat pemain bola sepak profesional yang beragama Islam. Bayangkan dengan latihan dan perlawanan yang lama, pastinya tidak ramai mampu menghadapinya.

Ini berbeza dengan para pemain di salah satu kelah bola sepak liga Turki, iaitu Ankara. Sebuah video yang telah diambil dari perlawanan live itu menunjukkan beberapa pemain pada minit ke-10 sedang berbuka puasa di tepi padang.

Di sana,  pemain-pemain beragama Islam dibenarkan untuk berbuka puasa walaupun ketika dalam tempoh permainan. Berdasarkan video berdurasi 18 saat itu, kelihatan mereka sempat berbuka puasa dengan makanan ringkas seperti kurma, pisang dan air.

 

Walaupun ‘sibuk’ terikat dengan perlawanan, namun ibadah puasa tidak sesekali mereka tinggalkan. Ia menyebabkan ramai orang tersentuh hati melihatkan video ini. Video tersebut telah ditonton hampir tiga juta tontonan setakat ini dan menerima pelbagai maklum balas netizen.

Kelebihan buah pisang dan kurma yang memberi tenaga

Pisang sering disebut sebagai makanan yang sempurna untuk atlet kerana kandungan mineral dan karbohidrat yang mudah dicerna. Makan pisang dapat membantu mengurangkan kekejangan otot dan bengkak kerana senaman.

Menariknya, pisang mengandungi pektin dan kanji tahan lama yang meningkat rasa kenyang selepas makan. Pisang yang telah masak berwarna kusning mengandungi jumlah kanji tahan lama dan jumlah serat yang lebih rendah – tetapi jumlah serat larut secara kadarnya lebih tinggi.

Bagitu juga, buah kurma yang begitu mengenyangkan selepas dimakan. Memakan kurma adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan pengambilan serat anda. Serat dapat memberi manfaat kepada kesihatan pencernaan anda dengan mencegah sembelit.

Tidak lupa juga bahawa dengan memakan kurma boleh membantu meningkatkan fungsi otak. Potensi ini dikaitkan dengan kandungan antioksidan yang diketahui dapat mengurangkan keradangan, termasuk flavonoid.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *