“Kuah basi kau bagi dekat aku untuk buka puasa”. Pembeli kecewa dengan servis kedai ini

“Kuah basi kau bagi dekat aku untuk buka puasa”. Pembeli kecewa dengan servis kedai ini

Suasana berpuasa tahun ini mungkin berbeza sedikit berbanding tahun lepas. Ini kerana kita dibenarkan pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah untuk berbuka puasa. Mungkin ramai yang telah lama merasa rindu untuk berjalan-jalan di bazar.

Bagi sesetengah orang, mungkin merasa seronok dan gembira, tapi ada juga yang merasa kecewa dan sedih selepas memakan makanan yang dibeli di bazar.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Sean Pablo telah berkongsi gambar menunjukkan makanannya basi selepas dibeli. Menurutnya, makanan tersebut dibeli di sebuah kedai makan di Kota Damansara. Dia berasa cukup kecewa melihat kuah dal untuk dimakan bersama roti canai itu basi ketika mahu berbuka puasa.

Menurutnya lagi, dia telah menghubungi pemilik kedai makan tersebut untuk membuat aduan tetapi seolah-olah berdolak dalih dengan apa yang telah terjadi.

“Kalau macam nie servis kau, tutup je laaa kedai. Owner kedai bila aku call pun jenis banyak bunyi.” – tulisnya

Perkongsiannya mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan tidak patut peniaga tersebut menyajikan kuah yang basi kepada pelanggan. Malah, tindakan peniaga tersebut menganiaya pelanggan.

Bukan itu sahaja, para netizen turut bimbang jika termakan lauk basi itu akan menyebabkan keracunan makanan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman ‘pahit’ mereka menjamu selera di kedai tersebut.

Cara-cara nak kesan makanan basi sebelum beli atau makan

Keracunan makanan adalah sesuatu yang kita nak sangat elakkan. Maka, ada beberapa cara untuk kita kesan sesuatu makanan itu sudah basi atau pun belum.

Penglihatan, bau dan sentuhan adalah cara mudah untuk mengetahui sama ada makanan telah basi atau tak. Ini beberapa tipis yang dikongsikan di Taste Of Home.

  • Makanan seperti daging jika disentuh terasa licin dan mengeluarkan kilauan pelik, mungkin ia dah busuk dan basi. Begitu juga sayur-sayuran yang kelihatan lembap, maknanya tidak elok lagi.

 

  • Makanan beracuan seperti roti sangat mudah untuk kita kesan keadaannya. Jika terdapat cendawan atau spora kecil, maka ia tidak elok lagi untuk dimakan.

  • Sebilangan makanan, seperti buah-buahan, secara semula jadi akan berubah warna kerana ia terdedah kepada udara, tetapi jika buah-buahan itu secara terangnya berwarna pucat, itu tanda ia telah busuk.

 

  • Jika semuanya kelihatan baik dan anda masih tidak pasti, cuba hidu bau makanan itu. Sekiranya berbau tengik atau menyakitkan, atau lebih teruk daripada ketika anda memasukkannya ke dalam peti sejuk, lebih baik buang sahaja.

Mari kita amalkan cara-cara ini selalu, agar kita jauh dari penyakit berpunca keracunan makanan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *