Van berniaga terbakar, anak hidap kanser. Ini kisah ayah OKU perlukan bantuan RM5K

Van berniaga terbakar, anak hidap kanser. Ini kisah ayah OKU perlukan bantuan RM5K

Nasib kita manusia ini berbeza-beza. Di sebalik kesenangan kita, ada orang lain yang susah perlu dibantu. Seorang pengguna FB, Natipah Abu telah berkongsi kisah sedih yang boleh kita renungkan serta diharapnya dapat kita salurkan sedikit sumbangan.

Kisah yang dikongsikan adalah mengenai Encik Mohd Bunyamin Bin Samsudin berumur 43 tahun. Dia merupakan ketua keluarga yang menyara seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil.

Namun begitu, akibat satu kemalangan jalan raya yang menimpanya, dia mengalami kecacatan fizikal serta didaftar sebagai pemegang kad OKU. Keringat yang masih ada padanya dimanfaatkan dengan menjual air balang di pasar malam.

Bila tiba musim cuti sekolah, rezekinya berlipat ganda kerana air balangnya selalu mendapat tempahan dari tuan rumah yang menganjurkan majlis perkahwinan.

Hidup semakin getir apabila salah seorang anaknya disahkan mengidap kanser darah

Kehidupannya semakin mencabar pada tahun 2018. Ini kerana anak keduanya yang pada ketika itu berusia 3 tahun disahkan mengidap kanser darah dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang sehinggalah ke hari ini.

Kanser darah ini bukanlah penyakit biasa. Kanser darah terjadi ketika sel darah yang tidak normal mulai tumbuh di luar, mengganggu fungsi sel darah normal, yang melawan jangkitan dan menghasilkan sel darah baru.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, dia tidak lagi dapat menjual air balang di pasar malam kerana pandemik COVID-19. Bahkan air balang tidak lagi ditempah untuk sebarang majlis perkahwinan atau keramaian seperti dulu lagi.

Dia terduduk kerana hilang satu-satunya sumber pendapatannya selain wang Elaun Pekerja Cacat (EPC JKM) RM450 sebulan. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berniaga ais batu pula. Menjual ais batu kepada peniaga-peniaga warung dan gerai makan.

Dengan van buruknya, dia bergerak mengedar ais batu kepada pelanggan. Pendapatannya sebagai penjual ais tidaklah seberapa. Ais dibeli secara tunai di kilang tetapi kebanyakan pelanggannya berhutang bila membeli darinya.

Dalam tempoh setahun menjual ais batu ini, ada beberapa orang pelanggannya terpaksa tutup kedai dan gagal melunasi hutang. Mereka menyerahkan barang-barang yang ada di kedai makan mereka kepadanya sebagai timbal balas bagi melunaskan hutang mereka walaupun hakikatnya barang-barang itu tidak bernilai pun.

Diuji lagi dengan van yang digunakannya terbakar

Di saat baru hendak bangkit ini jugalah, tiba-tiba dia diuji sekali lagi bila van yang digunakan untuk ke hulu-ke hilir mencari rezeki itu terbakar ketika dia dalam perjalanan menghantar ais kepada pelanggannya.

Tidak berputus asa, dia menggunakan kereta buruknya untuk berniaga ais walaupun kereta itu tidak boleh mengisi banyak beg ais. Tetapi daripada berpeluk tubuh dan berputih mata, dia meneruskan juga walau untungnya hanya sekupang dua.

Apabila tiba bulan Ramadhan, perniagaan menjual ais batunya terhenti lagi. Satu-satunya mata pencarian yang dia tahu masih terbuka luas ialah berniaga air balang semula .

Tetapi mustahil sekali kerana van yang terbakar itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tidak punya kewangan yang cukup untuk membaikinya.

Untuk mereka yang ingin membantu keluarga Encik Bunyamin untuk memperbaiki van dan sara hidup, bolehlah melakukan demikian dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Natipah Abu, nombor akaun; 552107617521.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *