Abaikan kuarantin. Seorang model dari China jadi punca 7 kedai di Ipoh ditutup

Abaikan kuarantin. Seorang model dari China jadi punca 7 kedai di Ipoh ditutup

Di dalam suasana negara berhadapan pandemik COVID-19 ini, hanya dengan sedikit kecuaian sudah boleh menjadi punca menularnya virus itu dalam komuniti.

Kecuaian seperti ini telah pun terjadi di sekitar Ipoh baru-baru ini apabila seorang model warga asing memohon maaf kerana tidak menjalani proses kuarantin sebelum disahkan positif COVID-19.

Setelah disiasat pihak berkuasa, tindakannya dipercayai menjadi punca beberapa individu dijangkiti dan premis perniagaan dikunjunginya ditutup sementara untuk disanitasi.

Saya sangat menyedari betapa seriusnya kesilapan saya ini dan saya berasa malu

Kwasan Ipoh yang tenang dan damai

Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, wanita berkenaan menerusi laman Instagramnya membuat pengakuan itu kerana tidak mahu orang lain menyifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri.

“Pertama sekali, saya benar-benar ingin mengatakan bahawa saya minta maaf kepada semua orang atas kecuaian saya sendiri.

Saya menimbulkan kebimbangan dan masalah yang tidak sepatutnya dihadapi kepada semua orang yang terlibat.

“Di sini, saya tidak akan mencari alasan untuk menyelamatkan diri saya dan membuktikan bahawa saya tidak bersalah, kerana saya memang mengakui kesilapan itu. Saya sangat menyedari betapa seriusnya kesilapan saya ini dan saya berasa malu kerana telah menyusahkan mereka yang terlibat.” – tulisnya

Wanita itu yang dikatakan seorang model dari China dan bekerja di Malaysia telah pulang ke Ipoh, Perak selepas pulang dari tempat lain pada 9 April lalu dan telah menjalani ujian saringan COVID-19 apabila dikatakan ada membuat kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.

Namun, apa yang menjadi masalah ialah apabila dia tidak menjalani kuarantin kendiri sebaik melakukan pemeriksaan ujian saringan tersebut. Berikutan itu, dia telah mengunjungi beberapa tempat di Ipoh sebelum mendapat berita bahawa keputusan saringannya positif.

Menerusi catatan Faebooknya itu, rata-rata netizen dan penduduk di bandar Ipoh meluahkan rasa marah dan tidak puas hati serta menganggap kesilapannya itu sebagai kesalahan yang tidak boleh diterima.

Senarai-senarai tempat yang dikunjunginya

Dia juga telah menyenaraikan tempat-tempat yang dikunjunginya dan dilaporkan premis perniagaan yang terlibat juga telah ditutup bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi.

Ini adalah tempat yang dikunjunginya sebelum keputusan ujian saringannya menunjukkan hasil positif COVID-19:

  • Pada Jumaat, 9 April
    8.40pm -10pm: Xiao Xiang Zi @ SOHO Ipoh
    10pm – 11pm: The Alley @ SOHO Ipoh

 

  • Pada Sabtu, 10 April
    11am – 12pm: Big Tree Foot @ Pasir Pinji
    12pm – 1pm: BP Healthcare @ Ipoh
    1pm – 2pm: Ba Wang Cha Ji @ Ipoh Parade
    6pm – 7pm: MOI & KO Hair Studio @ SOHO Business Centre Ipoh
    8pm – 9.30pm: Warehouse – A Food & Brew Company @ Taman Jubilee
    10pm – 11.40pm: Viking Village Bar of Music @ Kampung Jawa

Sebarkan berita ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara anda di sekitar Ipoh.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *