Lepas satu, muncul lagi satu. Iklan judi “Hari Raya Berkaya” ini buat netizen bengang

Lepas satu, muncul lagi satu. Iklan judi “Hari Raya Berkaya” ini buat netizen bengang

Kemarahan rakyat terhadap iklan judi bertemakan raya oleh syarikat judi atas talian GDBet333 masih belum hilang. Namun, belum reda isu itu muncul pula iklan raya lain yang menggunakan cara iklan yang sama.

Menerusi muzik video raya daripada syarikat IBC003 ini, dapat dilihat jalan cerita yang sama turut ditampilkan di mana pelakon dengan imej Muslim ini mengalami masalah wang sehinggalah ‘mencuba’ berjudi dalam meraih wang berganda untuk raya dengan bahagia bersama pasangan.

https://www.facebook.com/shahrulfadzlymz/posts/10220132961498455

Iklan yang ‘menunggang’ kemuliaan hari raya Aidil Fitri ini nyata membuatkan para netizen bengang melihatkan syarikat ini dengan bebas mempromosikan judi tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Menerusi lambakan komen daripada para netizen, rata-ratanya bersetuju untuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan buat pihak produser, pelakon serta syarikat ini agar isu ini tidak lagi berulang.

Sebelum ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengenai isu sebuah syarikat judi dengan plaform GDBet333 yang turut mempromosikan judi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Kesan ketagihan judi kepada kesihatan individu

Masalah dan patologi berjudi telah dikaitkan dengan banyak kesan kesihatan yang negatif terhadap individu. Menurut sebuah kajian di Ontario, Kanada mendapati bahawa yang mengalami gangguan berjudi (gambling disorder) mempunyai tahap kesihatan diri yang lebih parah.

Ini kerana tingginya kadar penyakit fizikal seperti tekanan, gejala pedih ulu hati dan sakit belakang dalam kalangan mereka yang kuat berjudi.

Penyakit mental dan penyalahgunaan bahan terlarang biasanya lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berjudi berbanding populasi umum.” – seperti ditulis di KFL&A Public Health

Sebagai orang Islam semestinya ia adalah perkara yang diharamkan di sisi agama. Dari sudut kesihatan, ia bakal merosakkan kesihatan anda sama ada fizikal dan mental secara diam-diam.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *