Malaysia perlu hampir 5 tahun untuk selesai suntikan 75% rakyatnya, kata kajian ini

Malaysia perlu hampir 5 tahun untuk selesai suntikan 75% rakyatnya, kata kajian ini

Dalam membendung wabak COVID-19, salah satunya adalah dengan menjalankan program vaksinasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia akan berhasil jika 75% rakyat divaksin untuk membentuk kelompok imuniti yang kebal dari penularan wabak itu.

Apabila semakin ramai orang mendapat vaksin, sekumpulan orang mulai membangun pertahanan kolektif terhadap virus. Ini menyebabkan jangkitan sedia ada terasing serta tidak merebak menjadi wabak

Imuniti kelompok boleh bermula dengan baik sebelum 75% orang diberi vaksin sepenuhnya. Selain itu juga, ada yang berpendapat imuniti kelompok adalah sebagai titik permulaan ketika wabak tidak lagi dapat merebak.

Sebagai contoh, walaupun terdapat sekumpulan kes campak di komuniti yang tidak divaksin, imuniti kelompok menghalangnya daripada merebak di seluruh negara.

Persoalannya, dengan kadar vaksin di Malaysia sekarang, bila agaknya negara kita akan mencapai imuniti kelompok?

Kajian dari Bloomberg kata kita perlukan 4.9 tahun

Dengan mengambil kira jumlah orang yang telah diberi vaksin, saiz penduduk dan kadar pemberian vaksin terkini, vaccine tracker Bloomberg menganggarkan Malaysia akan mencapai tahap 75% daripada penduduk diberi vaksin untuk bebas Covid dalam tempoh 4.9 tahun lagi.

Ini perbandingannya dengan negara lain pula termasuk negara jiran kita:

  • 3 bulan lagi untuk Amerika Syarikat
  • 4 bulan lagi untuk United Kingdom
  • 5 bulan lagi untuk negara jiran Singapura
  • 8 bulan lagi bagi kesemua 27 buah negara dalam Kesatuan Eropah; dan
  • 3.3 tahun lagi untuk Indonesia.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *