Ini rupanya bahan terlarang diambil oleh 4 lelaki dalam video tular kes samun kereta

Ini rupanya bahan terlarang diambil oleh 4 lelaki dalam video tular kes samun kereta

Baru-baru ini telah tular satu video yang dirakam dari dalam kereta apabila pemandu sebih kereta dirompak oleh empat individu. Kini, polis telah menahan empat lelaki kerana disyaki disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang dengan kereta dinaiki mereka sebelum menyamun dan mencederakan mangsa di Taman Sentosa, Klang semalam (19/4/2021).

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, insiden kira-kira jam 4.30 berlaku apabila sebuah kereta dipandu pemandu lelaki bersama sepupunya tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

Salah seorang suspek kemudian memecahkan cermin kereta, menarik pemandu keluar dari kenderaan dan memukulnya menggunakan kayu sebelum merampas telefon bimbit seorang lagi mangsa.

Bahan ini memberi kesan paling besar kepada otak

Kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli lagi hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Berdasarkan tulisan Hello Doktor, methamphetamine (juga dipanggil meth, crystal, chalk, dan ice, antara lain) biasanya dipreskripsikan untuk program penurunan berat badan sebagai terapi alternatif.

Namun begitu, menggunakan chalk untuk masa yang lama menimbulkan risiko penyalahgunaan.

“Secara kimia, methamphetamine adalah turunan amfetamin (amphetamine). Ia adalah ubat perangsang yang menyebabkan potensi ketagihan yang tinggi serta untuk disalahguna.” – seperti ditulis Hello Doktor

Bahan ini memberi kesan paling besar kepada otak kerana jumlah neurotransmite yang dinaikkan oleh methamphetamine. Bahan ini boleh membawa kepada tahap dopamin yang tinggi di dalam otak, jadi, ia boleh mencetuskan ganjaran, motivasi, rasa keseronokan, dan fungsi motor.

Sudah pastinya penyalahgunaan bahan seperti mempunyai esan buruk kepada penggunanya. Ini termasuklah penurunan berat badan yang melampau, masalah pergigian yang serius (“mulut meth”), dan luka kulit yang dicetuskan oleh menggaru jika methamphetamine digunakan dalam jangka panjang.

Lebih teruk lagi, pengguna methamphetamine juga menimbulkan risiko mengidap penyakit berjangkit seperti HIV dan hepatitis B dan C dan memperburuk pertumbuhan HIV / AIDS dan kesannya melalui beberapa tingkah laku yang berisiko.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *