Varian baru virus B1525 ditemui di Indonesia berasal dari Malaysia. Ini apa yang berlaku

Satu lagi varian Covid-19 baru, B1525, telah dikesan di Indonesia, yang dipercayai berasal dari Malaysia setelah seorang warganegara Indonesia yang kembali ke negara itu positif.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia untuk urusan vaksinasi Covid-19, Siti Nadia Tarmizi mengatakan bahawa varian tersebut dikesan pada seorang pesakit yang telah kembali ke Batam di Kepulauan Riau dari Malaysia pada bulan Februari.
“Satu spesimen yang diambil dari PMI (Pekerja Migran Indonesia) pada bulan Februari ditemukan sebagai varian baru, dan pesakit telah menjalani rawatan dan sejak itu pulih,” – katanya
Bukan seperti varian yang lain
Penyelidikan awal mendapati bahawa varian B1525 bukanlah mutasi varian Covid-19 yang ada seperti B117 dan E484K, tetapi varian virus yang terpisah.
Sehingga kini, Indonesia telah mencatatkan 1,599,763 kes positif Covid-19, dengan 5,041 kes baru dicatatkan selama 24 jam terakhir.
Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sejumlah 1.450.192 kes positif telah pulih sementara jumlah kematian berjumlah 43.328.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat