“Takde warning. Terus minta nama & IC”. Pelajar kolej dikompaun RM1500. Ini puncanya

Dalam satu paparan oleh Oh! Media telah berkongsi mengenai isu pelajar matrikulasi yang dikompaun RM1500. Dikatakan para pelajar matrikulasi hampir 5 bulan dikuarantin dalam kolej sendiri. Tidak boleh keluar dan hanya dibenarkan jumpa ibu bapa di depan pagar utama sahaja.
Namun telah berlaku kejadian seperti yang tular di Twitter apabila pegawai KKM datang memberi kompaun RM1500 kepada pelajar dan perlu dibayar dalam masa 2 minggu.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Menurut satu bebenang yang ditulis oleh @ainurjannxh, salah seorang rakannya baru pulang dari kelas dengan memakai mask. Dia berjalan dari blok akademik ke cafe.
“Disebabkan cuaca panas dan pakai mask semasa turun tangga ke cafe. Dia tarik mask ke bawah sebab tak cukup nafas (sesak nafas).
Tiba-tiba, salah seorang pegawai KKM panggil dia. Takde warning, takde peringatan dan tak tanya. Terus mintak nama, IC dan alamat rumah.
Kena kompaun RM1.5K, kena bayar dalam masa 2 minggu di pejabat kesihatan Kampar, kalau tidak proceed ke mahkamah. – tulis @ainurjannxh
Pada asalnya dikatakan tujuan pegawai KKM datang ke cafe sana kerana terdapat aduan keracunan makanan di cafe.
Sepatutnya ada budi bicara, dan pakai pelitup muka hanya sangat perlu di tempat yang sesak
Umumnya sedia maklum bahawa, virus COVID-19 didapati boleh merebak melalui droplet atau titisan pernafasan daripada percakapan, batuk ataupun bersin.
Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, merumuskan bahawa pemakaian pelitup muka adalah sangat penting.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui masih terdapat kekeliruan berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemakaian pelitup muka.
“Tempat awam banyak, taman awam adalah tempat awam, tapi bila bersendirian maka tidak perlulah memakai pelitup muka kerana seperti saya katakan di tempat awam yang bersesak.
Kalau di pasar bersesak, kalau dalam bas atau LRT bersesak, maka perlulah dan wajib pakai pelitup muka.
Tetapi kalau bersendirian atau ada penjarakan fizikal antara satu sama lain, sebagai contoh di restoran kita (sudah tentu) tidak boleh pakai pelitup muka semasa makan. Tapi kerana ada penjarakan antara satu sama lain maka dibenarkan untuk tidak pakai pelitup muka,”
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat