Pernah viral jaga suami koma selama 5 tahun. Kini suami sihat & pulih sepenuhnya

Pernah viral jaga suami koma selama 5 tahun. Kini suami sihat & pulih sepenuhnya

Perjuangan seorang isteri menjaga suami yang sakit, tiada galang gantinya. Beberapa tahun lalu, kisah Siti Rohayu yang menjaga suami terlantar sakit mendapat perhatian ramai.

Dikatakan suaminya pernah terlibat kemalangan jalan raya yang menyebabkannya berada dalam keadaan koma hampir enam bulan. Lebih mengagumkan adalah sikap tidak putus asa dan setia Rohayu dalam menjaga suami sehingga pulih sepenuhnya.

@sitirohayu303

macam tak percaya Allah bagi peluang kedua😭doktor jangka dulu pun dapat hidup 6bulan je, tapi kuasa Allah… #fyp

♬ original sound – zando – Zando

Dengan kuasa yang maha berkuasa, suaminya kini sudah mampu bercakap dan bergurau seperti sedia kala. Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Rohayu memuat naik perkembangan terkini suami yang dilihat kembali ceria dan sihat.

Di ruangan komen, netizen mengucapkan syukur melihat keadaan suami Siti Rohayu yang dikenali sebagai Abi. Siapa sangka Abi yang dahulunya terlantar membisu kini sudah mampu tersenyum.

@sitirohayu303

Pengubat Duka Lara🥺 Tak pernah putus asa membuat mu sihat dan bahagia❤️ #fyp #fypシ #fy

♬ bunyi asal – Siti Rohayu – Siti Rohayu

Seseorang yang berada dalam keadaan koma tidak sedarkan diri dan mempunyai aktiviti otak yang minimum

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK, koma adalah keadaan tidak sedar di mana seseorang tidak bertindak balas dan tidak boleh dibangunkan.

Seseorang yang berada dalam keadaan koma tidak sedarkan diri dan mempunyai aktiviti otak yang minimum. Mereka masih hidup tetapi tidak dapat bangun dan tidak menunjukkan tanda-tanda kesedaran.seperti ditulis NHS UK

Ia boleh berlaku akibat kecederaan pada otak, seperti kecederaan kepala atau strok yang teruk. Koma juga boleh disebabkan oleh keracunan alkohol yang teruk atau jangkitan otak (ensefalitis).

Orang yang menghidap diabetes boleh menjadi koma jika tahap glukosa darah mereka tiba-tiba menjadi sangat rendah (hipoglikemia) atau sangat tinggi (hiperglikemia).

Sesetengah orang akan pulih sepenuhnya dan sama sekali tidak terjejas oleh koma. Ada juga yang akan mengalami kecacatan yang disebabkan oleh kerosakan otak mereka.

Mereka mungkin memerlukan rawatan fisioterapi, terapi pekerjaan dan penilaian psikologi dan sokongan selama tempoh pemulihan, dan mungkin memerlukan rawatan sepanjang hidup mereka.

Maka, Siti Rohayu sangat bertuah kerana suaminya telah kembali sepenuhnya. Moga hidup kekal sihat bersama orang yang tersayang.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *