Anak Emma Maembong sudah boleh berdiri pada usia 5 bulan. Ini rahsia dikongsinya
Setiap pasangan memang sangat teruja untuk berkongsi perkembangan anak-anak mereka kepada rakan-rakan dan kenalan. Begitu juga, pelakon Emma Maembong telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Shariq Gabriel, hasil perkahwinannya bersama Shazli Azhar.
Anak lelakinya tiu telah dilahirkan pada 8 November 2020, oleh itu usianya sekarang sudah lebih 5 bulan. Namun, ada sesuatu yang mengejutkan ramai apabila terdapat satu foto yang dikongsikan di Instagram Shariq, menunjukkannya sudah boleh berdiri sendiri.
Namun melalui caption, ada kebenaran di sebalik foto yang dilihat ramai.
“Saya baru 5 bulan dah boleh berdiri. Mesti ramai terkejut kan? heheh swipe tepi untuk tahu kebenaran ”
Akhirnya, rahsia terbongkar. Rupa-rupanya gambar pertama yang dimuat naik itu telah disunting. Manakala ini pula adalah gambar asalnya.
Bila agaknya bayi boleh berdiri tanpa sebarang sokongan?
Dari segi faktanya, bayi berumur 5 bulan memang belum boleh berdiri tanpa sebarang sokongan. Untuk berdiri tanpa sokongan, bayi anda memerlukan kekuatan otot yang cukup di kaki, pinggul, dan perutnya untuk menampung berat badannya.
Otot-otot ini terbentuk secara beransur-ansur ketika dia menguasai kemahiran seperti berguling, duduk, dan merangkak.
“Bagi kebanyakan bayi, berdiri tanpa sokongan tidak akan berlaku sehingga sekurang-kurangnya 8 bulan, dan kemungkinan lebih dekat dengan 10 atau 11 bulan (bahkan sehingga 15 bulan dianggap normal).” – seperti ditulis di Parents.com
Jika benarlah anak lelaki Emma Maembong sudah boleh berdiri, ia memang akan mengejutkan ramai bukan?
Baca juga artikel berkaitan: Bayi Emma Maembong bermata Kelabu? Ini punca mata bayi berubah warna
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat