Calit kemaluan & tunjuk tuala wanita. Kisah pelajar asrama diminta tunjuk bukti ‘period’

Calit kemaluan & tunjuk tuala wanita. Kisah pelajar asrama diminta tunjuk bukti ‘period’

Kehidupan bersekolah di asrama mempunyai cabarannya yang tersendiri. Jauh dari keluarga dan lebih banyak berdikari dalam menguruskan segala hal pasti memberi kekuatan kepada pelajar tersebut pada masa hadapan.

Namun, setiap cabaran yang datang ketika tinggal di asrama bukanlah ‘tiket’ untuk  warden asrama berbuat sesuka hati kepada para pelajar. Inilah yang berlaku di salah sebuah sekolah asrama apabila pelajar wanita terpaksa menunjukkan tuala wanita, bagi membuktikan datang bulan ketika perlu solat berjemaah.

Mengejutkan lagi, amalan spotcheck pelajar secara fizikal ini dikatakan sudah berlaku sejak 20 tahun lalu, menurut pengalaman pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah sekolah.

Guru, warden asrama dan pengawas yang bertugas akan meminta pelajar perempuan menunjukkan kesan darah pada tuala wanita, melakukan calitan pada alat sulit dengan kapas, tisu atau jari mereka untuk membuktikan mereka tidak boleh bersolat jemaah kerana mengalami haid.

Bukan itu sahaja, pelajar juga diraba di bahagian alat sulit untuk mengetahui sama ada mereka memakai tuala wanita.

Isu ini berbangkit semula apabila seorang pengguna Twitter, @nalisaaliaamin berkongsikan masalah itu dan meminta mangsa yang berdepan situasi sama menceritakan pengalaman masing-masing dengan ditutup identiti mereka.

Ramai pelajar tampil berkongsi pengalaman tersebut dan mengatakan amalan memalukan itu perlu dihentikan.

Pakar perubatan dan mufti turut bersuara mengenai isu ini

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) dari Fakulti Perubatan UKM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita.

Isu ini juga turut mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor yang mengatakan sesiapa pun tidak wajar memalukan seseorang dengan memeriksa bahagian sulit individu tersebut meskipun dengan apa-apa alasan sekalipun.

“Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat,” – kata mufti

Jelasnya lagi, Islam sememangnya mewajibkan setiap penganutnya mendirikan solat lima waktu tetapi ia tidak bererti ia membenarkan para pelajar diperlakukan sedemikian rupa.

Seharusnya, orang dewasa perlu mendidik anak untuk bercakap benar dan ada rasa tanggungjawab serta mengajar mereka untuk bersolat. Perkara ini juga menggesa supaya Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneliti isu tersebut dengan berkesan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *