Dua pelajar kantoi palsukan borang untuk lepas roadblock. Ini cara borang itu dipalsukan

Dua pelajar kantoi palsukan borang untuk lepas roadblock. Ini cara borang itu dipalsukan

Dua pelajar wanita sebuah kolej swasta telah ditahan dalam satu pemeriksaan Sekatan Jalan Raya (SJR) Tol Bentong atas sebab memalsukan borang rentas negeri,

Masing-masing berusia 22 tahun termasuk salah seorang positif dadah jenis ganja telah memasukkan maklumat palsu mengenai kolej pengajian mereka.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan di SJR itu, kedua-dua wanita tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan menaiki kenderaan sama.

Memalsukan cap dan tandatangan ketua balai menggunakan mesin pengimbas

Anggota bertugas di situ meragui kesahihan borang dikemukan mereka apabila mendapati cap dan tandatangan ketua balai yang meluluskan borang berkenaan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu yang dihasilkan dengan menggunakan mesin pengimbas.

“Polis turut menemukan salinan borang kosong dengan tandatangan palsu dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek, yang dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek telah dijalankan dan salah seorang positif ganja,” – kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar.

Menurut sumber, kedua-dua pelajar berkenaan menulis borang berkenaan dengan alasan untuk memindahkan barang dan hadir kelas di Sunway University tanpa tiada cop rasmi balai dan nombor siri serta cop imbasan melalui komputer.

Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan pemalsuan bagi maksud hendak menipu, Seksyen 471 KK menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Manakala pelajar yang didapati positif ganja itu pula turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kenapa ganja merbahaya kepada tubuh anda?

Ganja atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Marijuana berasal daripada sejenis tumbuhan rumput hem yang juga dikenali sebagai pokok kanabis atau nama saintifiknya Cannabis Sativa.

“Salah satu bahan kimia utama yang menyumbang sebagai bahan psikoaktif tertinggi dalam ganja adalah delta 9 tetrahydrocannabinol (THC). Sekiranya ganja dihisap, THC akan meresap cepat di paru-paru dan masuk ke dalam sistem aliran darah tubuh.” – Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyalahgunaan ganja bermula apabila pengambilannya adalah untuk tujuan rekreasi atau suka-suka serta berlakunya kebergantungan kepada ganja yang membawa kepada masalah penagihan.

Dalam jangka masa panjang, amalan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental dan psikososial yang serius kepada negara sekiranya gagal dibendung.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *