“Jika nak rogol, rogol yang umur 18 tahun ke atas.” Murid ini dedah gurauan lucah guru

“Jika nak rogol, rogol yang umur 18 tahun ke atas.” Murid ini dedah gurauan lucah guru

Sekolah adalah tempat yang paling mulia untuk seseorang itu menimba ilmu. Pengorbanan para guru mengajar anak-anak didiknya pelbagai ilmu tidak boleh dinafikan lagi.

Teknik mengajar juga perlu flesibel agar pelajar kekal fokus dan menerima input dengan mudah dan santai. Namun begitu, tidak semua teknik itu sesuai digunakan jika ia melibat isu sensitif dalam pembelajaran.

Seorang pelajar sebuah sekolah di Selangor telah membuat satu perkongsian video yang mendakwa seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani bergurau keterlaluan kerana seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Dakwa seorang pelajarnya, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan seorang guru lelaki.

“Jika pelajar-pelajar nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun.”

https://www.instagram.com/p/CODOBK4n_nX/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Menurutnya, pada mulanya ia berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

“Perlahan-lahan gurauan itu menjadi semakin pelik dan lucah. Kemudian, guru itu bercakap mengenai terdapat pelbagai undang-undang yang melindungi kanak-kanak bawah umur daripada penderaan dan gangguan seksual.

Guru itu kemudian berkata, jika pelajar-pelajar nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun, rogol yang 18 tahun ke atas sebab banyak undang-undang untuk bawah umur,” – katanya kepada Sinar Harian

Semua pelajar perempuan tidak memberikan reaksi terhadap gurauan itu dan mendiamkan diri namun ia disambut dengan gelak ketawa pelajar lelaki.

“Pelajar lelaki dekat belakang ketawa seperti perkara itu lucu untuk bergurau tentang merogol seseorang, sedangkan gurauan itu tidak kelakar dan menimbulkan trauma serta takut kepada kami (pelajar perempuan).

“Cikgu itu pun ada sebut sekiranya lelaki dirogol, dia orang tidak akan laporkan kerana mereka berasa ‘sedap’, seperti mereka mahu perkara ini berlaku pada diri mereka,” – katanya

Telah memaklumkan kepada guru kaunseling, tiada tindakan dibuat

Bagaimanapun katanya, dia telah memaklumkan gurauan yang dilakukan oleh guru tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya, namun tidak mendapat keputusan atau tindakan yang boleh dilakukan.

“Cikgu kaunseling kata, perkara tersebut biasa bagi guru lelaki bersembang dengan pelajar lelaki, tetapi bagi pelajar perempuan, perkara itu emosi bagi kami (pelajar perempuan).

“Kata guru kaunseling itu juga, silibus yang diajarkan oleh cikgu itu silibus baharu jadi pendekatan yang digunakan berbeza dan cikgu tersebut kurang mahir,” – katanya

Sehubungan itu, pelajar itu berharap dengan penyebaran video tersebut dapat memberi kesedaran bahawa gurauan berbentuk lucah itu bukan perkara biasa dan perlu untuk diambil tindakan yang tegas. Sepatutnya hal ini tidak boleh dianggap gurauan kerana ia termasuk dalam salah satu bentuk gangguan seksual melalui perkataan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *