Bukan kerana sumpahan seperti tuduhan netizen. Lelaki ‘bersisik’ ini dedah penyakitnya

Bukan kerana sumpahan seperti tuduhan netizen. Lelaki ‘bersisik’ ini dedah penyakitnya

Dunia ini mempunyai pelbagai jenis penyakit. Sama ada ia penyakit yang sering dihidapi orang awam atau pun yang jarang dihidapi seseorang. Maka, jika ada yang mengalami penyakit yang jarang ini, pelbagai cabaran yang perlu dia depani.

Itulah yang berlaku kepada Muhammad Hassan, seorang pemuda yang memiliki kulit ‘bersisik’ ini, yang rajin memuat naik serta berkongsi video menerusi aplikasi TikTok.

Berdasarkan temubual bersama mStar, dia tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian ramai kerana paras rupanya yang ‘luar biasa’.

Sesetengah pihak menyalahkan ibu bapanya, realitnya dia menghidap penyakit Ichthyosis

Ramai netizen yang memberi komen ‘jahat’ menghina penampilannya seperti menuduh dirinya mencacah tatu dan terkena sumpahan. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengaitkan ibu bapanya di mana mereka mendakwa ‘bapanya’ terpukul ular sewaktu ibunya sedang mengandung.

@mamat_ddl97

terime kasih pade sahabat² tiktok sye.dan terime kasih pade mStar juga.😊#fyp #sbar @mstarmalaysia

♬ orijinal ses – 🔥ყαʅƈıɳ🔥

“Selain kata saya pakai tatu, ada yang tanya adakah keadaan kulit saya disebabkan terkena sumpahan sewaktu kecil.

Tapi apa yang buatkan saya betul-betul kecil hati apabila ada yang mengaitkan kulit saya dengan kata, adakah arwah bapa saya ada pukul ular ketika ibu mengandungkan saya,” – katanya

Membidas segala tuduhan netizen, pemuda itu menjelaskan bahawa keadaan yang dialaminya sejak lahir itu merupakan penyakit kulit dikenali sebagai Ichthyosis. Mengejutkan lagi, dia mendedahkan dirinya dan 4 adik-beradik lain turut menghidap penyakit kulit yang sama.

“Ichthyosis vulgaris (ik-awak-O-sis vul-GAY-ris) adalah penyakit kulit yang diwarisi di mana sel-sel kulit mati berkumpul dalam sisik tebal dan kering di permukaan kulit anda.” – seperti ditulis di Mayo Clinic

Menurutnya lagi, penyakit kulit yang dia alami sejak lahir. Dia ada menjalani rawatan di hospital. Keadaan kulitnya di seluruh badan seperti bersisik dan ketebalannya adalah berbeza di sesetengah bahagian.

“Kulit saya ini juga sensitif jika terdedah kepada cahaya matahari. Kalau terdedah lama, kulit akan merah dan menggelupas sehingga terkopek. Bila luka tu yang buat pedih dan sakit,” katanya kepada pihak mStar.

Kesal dengan tuduhan dan tohmahan netizen

Dia yang kini berusia 24 tahun, berasa kesal dengan segala tohmahan dan tanggapan negatif individu sekeliling terhadap penampilannya. Padahal, itu merupakan satu ujian diberikan tuhan, bukan pilihannya sendiri.

“Saya tak minta lahir begini. Tapi tak perlu berikan komen yang tak sensitif,” 

Selain itu, dia tidak menafikan penyakit tersebut menyukarkannya untuk mencari pekerjaan sebelum diberikan peluang bertugas sebagai pengawal di sebuah ‘shopping mall’ di Ampang, Selangor.

Di tempat kerja, ramai yang terkejut dan cuba menjauhkan diri saat terserempak dengan dirinya. Mungkin mereka menyangka penyakitnya ‘jenis berjangkit’.

Mengakhiri temubual itu, dia sempat memberi nasihat kepada insan yang senasib agar tidak mempedulikan pandangan negatif orang sekeliling asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *