Fazura trending di Twitter kerana Neelofa. Ini tips sihat oleh Fazura untuk kekal cantik

Fazura trending di Twitter kerana Neelofa. Ini tips sihat oleh Fazura untuk kekal cantik

Ketidakpuasan hati netizen terhadap Neelofa tidak henti sehingga sekarang. Walaupun setelah dia dan keluarganya didenda RM60,000 kerana melanggar SOP, ramai merasakan ia tidak adil berbanding dengan Abang Burger yang dikompaun RM50,000.

Ditambah pula, Instastory Neelofa yang memuat naik gambar burger untuk moreh menyebabkan netizen rasa marah kerana seolah-olah memerli. Dalam keadaan begitu, warga alam maya di Twitter mula menaikkan nama selebriti lain, Fazura sebagai contoh yang baik berbanding Neelofa.

Seperti yang kita tahu, Fazura ini seorang yang cantik dan sihat orangnya. Tahukah anda? Fazura pernah berkongsi tips sihatnya untuk seseorang kekal cantik.

7 Tips & Rahsia Kecantikan Fazura

https://www.facebook.com/watch/?v=343397132951103

Berdasarkan Bloggerwanita, ini rahsia yang dikongsinya untuk kita semua ikuti terutamanya wanita.

1. Tidak Minum Ais

Fazura lebih gemar minum minuman panas seperti herbal tea dan green tea.

2. Tidur Cukup

Fazura sangat mementingkan tidur yang secukupnya untuk kekal cantik dan awet muda.

3. Senaman

Fazura sangat mementingkan aktiviti senaman kerana ia bagus untuk stamina dan juga peredaran darah pada badan dan juga kesihatan.

4. Syampu Yang Paling Bagus

Fazura sangat mementingkan penggunaan syampu yang bagus untuk mengelakkan kerosakan rambut yang kering.

5. Mask Yang Paling Bagus

Fazura menggunakan mask yang boleh dipakai setiap hari.

6. Makanan Tambahan & Makanan Sihat

Fazura mengamalkan suplemen dan makanan sihat seperti sayuran dan buah-buahan.

7. Green Tea

Fazura mengambil Chinese Green Tea secara konsisten untuk kulit cerah dan cantik, kurangkan kolesterol, tekanan darah dan mengelakkan kanser.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.