Pakai pelitup muka bawah dagu kerana kulit gatal. Gadis ini dikompaun RM1,500

Suasana kehidupan hari ini memang sangat berbeza tidak seperti dulu. Makan dan berniaga di luar pun kini perlu berhati-hati untuk mengelak diri dari dikompaun.
Seperti yang kita semua tahu, semakin banyak pihak dikenakan kompaun kerana melanggar SOP sehingga netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan denda yang dikenakan.
Kulit gatal-gatal dan terpaksa buka pelitup muka sekejap
Seorang gadis ini dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan meletak pelitup muka di bawah dagu semasa sedang bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota.
Namun, gadis dikenali sebagai Nor Suzaily itu berkata dia bukan saja-saja berbuat demikian tetapi kerana mempunyai masalah kulit wajah sensitif dan gatal.
Difahamkan, gadis berkenaan baru sahaja habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan baru seminggu bekerja. Menurut Suzaily, dia mengalami mengalami masalah kegatalan yang sangat teruk di bahagian muka dan bertindak meletakkan pelitup muka di bawah dagu.
Namun, tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.
“Bukan saja-saja ya kak buka mask. Muka saya memang dah gatal sangat dah. Ni gambar latest sekarang. Saya ni baru habis spm kak, kerja pun baru seminggu. Dari akak cakap macam ni better akak doakan jela rezeki saya ada lebih untuk bayar saman,” – tulisnya
“Takziah untuk adik ni. Tabahla adik, kita dah hampir di penghujung garisan”
Simpati dengan nasib menimpa gadis itu, rata-rata netizen memberi kata semangat dan bertabah dengan ujian tersebut.
Tidak kurang juga ada netizen mempersoalkan tidak bolehkah mengikut budi bicara dengan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kompaun.
“Ade org memang alahan pada kulit kalau pakai mask. Takziah untuk adik ni. Tabahla adik, kita dah hampir di penghujung garisan.
“Tak boleh ke pakai budi bicara sikit, dengar la penjelasan adik tu sikit. Tanya, kenapa pkai mask bawah dagu. Bertabahla adik, norma baru kan,” – kata netizen
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat