3 resipi menggunakan sayur bebas racun perosak untuk dijadikan lauk berbuka puasa

3 resipi menggunakan sayur bebas racun perosak untuk dijadikan lauk berbuka puasa

Saat berbuka puasa merupakan saat yang sangat menyeronokkan untuk kita menikmati makanan yang dimasak. Pastinya kita akan memberikan yang terbaik sewaktu menyiapkan makanan yang ingin dihidangkan nanti.

Dalam keseronokan itu, jangan lupa juga mengenai kesihatan tubuh badan kita yang wajib dijaga saban hari. Seperti kata bijaksana, ‘kita adalah apa yang kita makan.’ Dalam kita memilih resipi yang hendak disediakan, penting juga untuk kita memliih bahan atau produk yang berkualti, bersih dan dijamin sihat.

Ini termasuklah dalam memilih sayur-sayuran untuk dijadikan salah satu bahan dalam masakan kita. Kami cadangkan agar anda semua memilih sayur yang bebas dari penggunaan racun perosak seperti yang disediakan oleh BoomGrow. Macam-macam sayur ada teramsuklah Lollo Rosso, Romaine, Kale dan lain-lain.

Apa yang menariknya, dari sayur BoomGrow ini juga terdapat beberapa resipi yang anda boleh cuba sebagai juadah berbuka puasa. Ini tiga resipi yang anda boleh ikuti dalam penyediaannya.

1) Buttercup Ayam Asia yang buat air liur meleleh

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 jambak sayur butterhead BoomGrow
  • 500 grams ayam cincang
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu besar biji bijan putih
  • 3 sudu besar sos soya dicampurkan dengan 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar pes cili merah
  • Daun bawang dan kucai yang dicincang

Cara menyediakan sayur butterhead:

  • Letakkan daun butterhead di dalam air sejuk ais.
  • Petua hebat: Keringkan dan letakkan daun di dalam dulang muffin sehingga terbentuk menjadi cawan mentega

Cara menyediakan isi ayam Asia:

  • Masukkan minyak sayuran dan minyak bijan ke dalam kuali. Masukkan biji bijan dan bawang putih cincang.
  • Masukkan daging ayam cincang dan biarkan masak.
  • Selepas itu, masukkan pes cili merah, kicap, sos tiram dan kacau.
  • Masukkan daun bawang dan daun kucai.
  • Setelah selesai mencampurkan dan memasak, biarkan ayam sejuk.
  • Letakkan ayam dengan perlahan di tengah-tengah butterheads yang telah disediakan.
  • Hiaskan bahagian atas dengan kacang cincang dan biji delima.
  • Hidangkan dengan segera.

2. Mee Kale dengan sos bijan yang sedap tak terhingga

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Seperiuk besar air
  • Kiub Tempe
  • 2 jambak kale
  • Mee (pilihan anda)
  • 1 sudu minyak
  • 1 sudu besar kicap
  • Garam dan lada
  • Biji bijan
  • Minyak bijan (pilihan)

Cara-cara menyediakannya:

  • Pertama, rebus air
  • Masukkan mee ke dalam periuk air mendidih yang sama
  • Seterusnya, masukkan kale ke dalam periuk yang sama
  • Keringkan dan ketepikan
  • Tumis kiub tempe hingga bertukar menjadi coklat keemasan
  • Sekarang, buat sos mee anda – 1 sudu minyak bijan dan 1 sudu besar kicap
  • Masukkan garam dan lada.
  • Tuangkan kuah sos ke atas mee kale dan taburkan biji bijan hitam panggang.
  • Masukkan dengan kiub tempe
  • Sedikit minyak bijan (pilihan)
  • Toss dan nikmatinya!

3. 3 jus yang menyegarkan dengan cara penyediaan ringkas

Menahan diri dari makan dan minum pastinya akan meninggalkan kesan haus yang begitu mendalam kepada kita semua. Apabila tekak terasa kering, berbuka puasa mestilah kena minum air yang sedap dan paling penting, berkhasiat.

Apa kata anda ubah citarasa kepada jus buah yang lebih sihat? Untuk itu, berikut kami 3 resepi jus yang anda boleh pilih salah satu untuk membuatnya bersama sayur BoomGrow:

a) Kale Tembikai Susu

  • 1 cawan kale
  • 3/4 cawan tembikai susu
  • 1/4 cawan lobak merah
  • 1/2 cup susu almond
  • Daun pudina
  • Hidangkan dengan kiub ais dan taburkan garam

b) Kale Berry Smoothie

  • 1 cawan kale
  • 1 1/2 cawan beri beku
  • 3/4 cawan timun
  • 1/2 cawan susu pilihan anda
  • 1 sudu besar biji chia
  • 1/2 sudu teh serbuk halia (pilihan)
  • 1 sudu besar madu manuka

c) Nutty Kale Orange

  • 1 cawan kangkung
  • 1 biji oren
  • 2 sudu besar rami (atau kacang hancur pilihan anda)

Cara beli sayur di BoomGrow

Bayangkan dengan beberapa sayur berkualiti sahaja, kita dah boleh berbuka puasa dengan masakan seperti Buttercup Ayam Asia, Mee Kale dengan sos bijan dan Dal Tadka dengan kale dan bayam. Jadi macam mana nak beli sayur bebas racun serangga dari BoomGrow ni?

Sayur BoomGrow mempunyai harga yang berpatutan atau harga cun cun sahaja. Bayangkan, hanya dengan RM45.00 (tak sampai RM50), anda boleh dapatkan pakej HEALTHY START:

  • 2 jambak Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (200g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 4 jambak Kale Medley (210g)
  • 2 jambak Rocket (100g)
  • 1 paket Pudina (percuma)

Sayur-sayur berkualiti yang biasanya kita import dari Australia, tidak lagi perlu ditanam di sana. BoomGrow telah berjaya menanamnya di sini, terutamanya di Ampang. Kita boleh dapatkan Kale dan Swiss Chard dengan hanya RM55.00 dalam pakej GETTING THERE:

  • 1 kepala Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (100g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 4 jambak Kale (210g)
  • 3 jambak Swiss Chard (200g)
  • Ditambah Herba Shot Basil (100g)
  • Pudina (percuma)

Tambah sahaja lagi RM10 dah boleh dapat banyak gila sayur berkualiti dan bebas racun serangga ini melalui pakej BETTER THAN EVER:

  • 2 jambak Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (200g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 5 jambak Kale (265g)
  • Bayam baby (100g)
  • Upland cress 180gms
  • 1 pudina (percuma)

Jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan Langkawi, boleh buat tempahan di sini. Buktikan yang anda betul-betul mahu mengubah cara pemakanan sayur anda tanpa ragu bersama BoomGrow!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *