Dikatakan potong barisan? Ini sebab kenapa pekerja hotel di Genting disuntik dulu

Dikatakan potong barisan? Ini sebab kenapa pekerja hotel di Genting disuntik dulu

Program Vaksinasi Kebangsaan masih lagi berjalan yang bermula dari para petugas barisan hadapan dan seterusnya golongan warga emas. Namun, timbul isu apabila tersebar di Twitter mengenai para pekerja di Genting yang telah dahulu disuntik vaksin berbanding yang lain.

Ini telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Akhirnya, isu ini telah dijawab oleh menteri dan pihak berkuasa yang menguruskan urusan vaksin.

 

Penerima vaksin terbabit bukanlah hanya pekerja Genting Group sahaja

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Pahang membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja-pekerja di sektor pelancongan melibatkan 56 buah hotel di Kuantan, Genting Highlands, Cameron Highlands, Jerantut, Raub, Mentakab, Bentong, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser.” – Khairy Jamaluddin

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri memaklumkan proses suntikan vaksin kepada 3,036 penerima dari sektor perhotelan dan penyelenggaraan dilakukan selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Melalui satu kenyataan media, penerima vaksin terbabit bukanlah hanya pekerja Genting Group sahaja, tetapi turut diberikan kepada mereka yang terbabit dalam kerja pembersihan dan tukang kemas yang bertugas dalam sektor perhotelan di enam daerah di Pahang.

Antara faktor penting yang kita ambil kira sebelum memberikan vaksin kepada mereka ialah kewujudan Kluster Genting yang berlarutan selama dua bulan …

… yang memberi kesan secara langsung kepada kira-kira 560 pekerja selain keperluan menjadikan hotel sebagai lokasi atau pusat kuarantin dalam usaha menggerakkan ekonomi dan sektor sokongan negeri iaitu pelancongan dan pengangkutan.

Jumlah perancangan asal agihan dos ialah 1,575 dos sahaja, namun disebabkan bilangan sektor pengangkutan darat yang layak tetapi tidak mendapat sambutan seperti disasarkan, menyebabkan jumlah penerima bagi sektor perhotelan dinaikkan kepada 3,036 orang,” – kata kenyataan itu.

Inisiatif ini dilakukan selepas lebih 30,000 petugas barisan hadapan divaksin

Jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan bahawa inisiatif itu hanya dilakukan selepas 32,156 petugas barisan hadapan kesihatan dan perkhidmatan penting yang disasarkan sebagai penerima vaksin fasa pertama oleh Kerajaan Persekutuan, selesai menerima vaksin masing-masing.

“Kerajaan Pahang menerima 5,319 dos tambahan dalam fasa pertama untuk petugas barisan hadapan selain Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk guru, ‘comorbid’ dan lain-lain dengan 3,820 guru sudah menerima vaksin itu dalam dua fasa berbeza.

“Sebanyak 5,600 dos tambahan vaksin Sinovac pula diterima untuk penerima daripada sektor pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), perkhidmatan sokongan klinik (PSK) dan perkhidmatan sokongan hospital (PSH),” 

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan di media sosial yang mendakwa sejumlah pekerja syarikat Genting Group menerima vaksinasi Covid-19 atas arahan beliau.

Dilaporkan bahawa CITF negeri membuat keputusan memberikan vaksin kepada pekerja di sektor pelancongan dan CITF Persekutuan hanya mengetahui keputusan itu selepas proses vaksinasi kumpulan dilakukan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *