Guna serbuk cendawan? Ini resipi tauhu sambal ‘sihat’ untuk juadah berbuka puasa

Guna serbuk cendawan? Ini resipi tauhu sambal ‘sihat’ untuk juadah berbuka puasa

Bila cakap pasal sumber protein je, kepala kita akan terus teringat sama ada ikan dan telur sebagai sumber protein yang terbaik diikuti ayam dan kemudian daging merah. Namun, ramai yang terlepas pandang dengan kehebatan sejenis makanan ni, iaitu tauhu. 

Tauhu dibuat dengan mengentalkan sari soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari soya inilah yang membuatkan tauhu itu kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan.

Tahu ke tak tauhu? Imej dari Sirap Limau

Sama ada masyarakat kurang tahu atau tidak, kat sinilah kami nak cerita. Kandungan tauhu yang tinggi dengan protein, zat besi, vitamin A, B, C dan D adalah makanan seimbang yang juga jauh lebih murah berbanding sumber protein dari haiwan.

Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya. Malah, protein yang tinggi juga membuatkan kita senang kenyang dan boleh menurunkan berat badan dengan cepat!

Selain tu juga, tauhu bukan saja tinggi dengan proteinnya, malah tak boleh disangkal lagi khasiat zat besinya. Dalam setiap 100 gram tauhu itu sendiri tersedia 30% tenaga yang diperlukan oleh badan setiap hari.

Jadi kali ni, apa kata kita buat menu tauhu yang sesuai dengan tekak Melayu kita, iaitu Sambal Tauhu! Jadi…

Apa yang membuatkan SAMBAL TAUHU ni sihat?

Tapi ia jadi lebih menyelerakan dan sihat sebab:

  1. Kita menggunakan minyak sayuran yang sihat seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun (extra-virgin) atau minyak sayuran.
  2. Gula putih yang digunakan boleh digantikan dengan madu.
  3. Penggunaan halia yang baik untuk mengeluarkan angin dalam badan, mengurangkan keradangan, mengurangkan kesakitan semasa haid, dan membantu penghadaman.
  4. Penggunaan serbuk perasa cendawan yang menggantikan MSG, garam, atau perasa yang kurang sihat. Bukan sekadar perisa, tapi ia mempunyai pelbagai khasiat lain seperti keperluan vitamin B12, menyokong sistem imunisasi dan keradangan, malah membantu ibu mengandung mendapatkan asid folik secukupnya!
  5. Dan yang menariknya lagi, tauhu adalah sejenis makanan yang senang menyerap perisa melalui rempah, sos, dan perap. Jadi, kita boleh kurangkan garam disebabkan penyerapan yang baik dan penuh dengan rasa menarik.
Macam ni la rupa serbuk cendawan tu.

Jadi tunggu apa lagi? Kita teruskan dengan menu tauhu yang bukan saja simple, tapi berkhasiat tinggi!

Bahan-bahan

Bahan kisar:

  • Cili kering (direndam)
  • 10 biji bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan lain:

  • Tauhu (dibelah dua)
  • 2 biji telur untuk menggoreng tauhu (dipukul)
  • Serbuk perisa cendawan
  • Sebiji tomato, dibelah empat
  • Sedikit madu untuk mengimbangi rasa sambal
  • Minyak sayuran untuk menggoreng
  • Daun ketumbar sebagai hiasan akhir

Cara memasak:

  • Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul dan perasakan dengan serbuk perisa cendawan.
  • Masukkan tauhu yang telah dibelah dua, dan rendamkan dalam telur supaya dapat warna yang cantik.
  • Goreng dalam minyak panas. Selain menggoreng dalam minyak yang telah dikurangkan, antara option lain adalah dengan menggunakan air fryer untuk memanggang. Bukan saja boleh mengurangkan penggunaan minyak, tapi juga menjimatkan masa dan tenaga.
Airfryer ni dah macam-macam jenis jenama dan bentuk di pasaran, boleh pilih je mana-mana yang berkenan.
  • Selepas tauhu siap digoreng atau dipanggang, ketepikan seketika untuk membuat sambalnya pula.
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dengan minyak.
  • Goreng sehingga sambal telah pecah minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit dan tumis sekali lagi sehingga sambal pekat mengikut cita rasa masing-masing.
  • Masukkan tauhu yang telah digoreng atau dipanggang tadi. Masukkan serbuk perisa cendawan, dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan tomato yang telah dibelah empat, kacau seketika sebelum tutup api.
  • Sedia untuk dihidang.

Masakan sihat tak semestinya susah

Dengan resipi yang tak memerlukan bahan yang sedia ada di rumah, korang boleh dapatkan makanan yang bukan saja mengenyangkan, tapi juga berkhasiat tinggi. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup vegetarian, tapi masih nak makan sedap.

Jadi tunggu apa lagi? Cuba resipi kami di rumah!

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *