Skip to content
  • UTAMA
  • HUBUNGI
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube
KITASIHAT
  • Gaya Hidup
  • Resipi
  • Sihat Fizikal
  • Sihat Mental
  • Sihat Rohani
  • Teknologi Kesihatan
  • Home
  • 2021
  • May
  • 2
  • Akibat kemasukan seorang warga India, Malaysia kesan kes pertama mutasi B.1.617.1

Akibat kemasukan seorang warga India, Malaysia kesan kes pertama mutasi B.1.617.1

  • Tim Kita Sihat
  • May 2, 2021
  • kesihatan Umum
Akibat kemasukan seorang warga India, Malaysia kesan kes pertama mutasi B.1.617.1
85.9k
SHARES
ShareTweet

Usaha melawan pandemik COVID-19 belum pernah berakhir sejak dikesan pertama kali pada tahun 2019. Hari demi hari, kita banyak mendengar mengenai penemuan baru mutasi atau varian baru virus COVID-19.

Walaupun, ia kadang-kala ditemui di negara lain. Namun, sesuatu varian baru itu tetap boleh tersebar ke negara kita. Terbaru, Malaysia mengesan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 yang dikesan hasil saringan di pintu masuk utama negara.

Kes direkod melalui kemasukan seorang warganegara India

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu.

Katanya, kes direkod melalui kemasukan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Berdasarkan laporan WGS, beberapa penemuan direkodkan membabitkan 59 genom dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi tempoh dari 24 April hingga 1 Mei (semalam)

“Ini termasuk 30 lagi varian membimbangkan (VOC), iaitu 27 varian Afrika Selatan B.1.351 dan tiga varian United Kingdom, UK B.117, malah kita menemui varian mempunyai kepentingan (VOI), iaitu varian dari India, B.1.617.

“Malangnya, laporan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ini mengesahkan kes pertama VOC B.1.351 di Perak dan Kelantan, membabitkan kewujudan kluster dengan 10 kes positif di setiap negeri terbabit,” – kata Dr. Adham Baba

Varian mutasi berganda, B.1.617.1 mula ditemui di India pada 27 April lalu dan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia, tiga hari kemudian.

KKM mengesan tambahan tujuh kes varian B.1.351 dan dua varian UK B.1.1.7 di Selangor

 

 

Dr Adham juga turut mengakatan bahawa menerusi aktiviti pengesanan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tambahan tujuh kes varian B.1.351 dan dua varian UK B.1.1.7 di Selangor.

Jelasnya, satu lagi kes varian UK B.1.1.7 turut direkodkan di Sandakan, Sabah melibatkan bukan warganegara.

“Malah ini kes pertama varian dari UK dalam kalangan individu tanpa sejarah perjalanan ke luar negara dan berkemungkinan ia penularan tempatan.

Setakat ini, 48 kes varian Afrika Selatan, B.1.351 direkodkan, UK B.1.1.7 (lapan kes), India B.1.617 (satu kes) dan varian Nigeria B. 1.525 (dua kes).

MR turut mengesan satu kes nasabah C (C.36) daripada seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir,” katanya.” – katanya

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat
B.1.617.1mutasi bergandavirus dari Indiawarganegara India

Post navigation

Prev
Next

Berkaitan

Alamak, tak boleh minum air sejuk ketika datang haid? Betul ke akan akibatkan perkara ni…

Alamak, tak boleh minum air sejuk ketika datang haid? Betul ke akan akibatkan perkara ni…

    Selalu dikaitkan dengan perkara mistik. Ini rupanya penyebab kulit gatal berbentuk peta ini…

    Selalu dikaitkan dengan perkara mistik. Ini rupanya penyebab kulit gatal berbentuk peta ini…

      Musim banjir masa yang sesuai untuk ‘Leptospirosis’ merebak. Mari ambil tahu tentang penyakit ini!

      Musim banjir masa yang sesuai untuk ‘Leptospirosis’ merebak. Mari ambil tahu tentang penyakit ini!

        Darah haid keluar berpanjangan? Jaga-jaga anda mungkin ada fibroid

        Darah haid keluar berpanjangan? Jaga-jaga anda mungkin ada fibroid

          Leave a Reply Cancel reply

          Your email address will not be published. Required fields are marked *

          TERKINI

          • 64 kes varian Omicron dikesan di Malaysia, penerbangan umrah ditangguhkan bermula 8 Januari 2022
          • Alamak, tak boleh minum air sejuk ketika datang haid? Betul ke akan akibatkan perkara ni…
          • Awas, ada kopi yang boleh buat jantung berhenti! Mari kenalpasti jenis kopi ini…
          • Selalu dikaitkan dengan perkara mistik. Ini rupanya penyebab kulit gatal berbentuk peta ini…
          • Kenali jenis Panadol sebelum beli. Jom lihat fungsi pelbagai Panadol di sini!
          • Musim banjir masa yang sesuai untuk ‘Leptospirosis’ merebak. Mari ambil tahu tentang penyakit ini!
          • Alami sakit dada ketika dikhianati? Inilah sindrom patah hati yang ramai tak tahu
          • Kesakitan yang lebih parah setelah cabut gigi? Anda mungkin mengalami soket kering

          KATEGORI

          • Artikel (17)
          • Gaya Hidup (60)
          • Kesihatan Mental (64)
          • kesihatan Umum (229)
          • Pandangan (2)
          • Resipi (18)
          • Sihat Fizikal (29)
          • Sihat Mental (15)
          • Sihat Rohani (5)
          • Tajaan (8)
          • Teknologi Kesihatan (60)
          • Tips (75)
          • Uncategorized (10)

          POPULAR MINGGU INI

          Arkib