Disahkan menghidap dua kanser. Kisah Baby Ammar meninggal dunia selepas 6 bulan

Disahkan menghidap dua kanser. Kisah Baby Ammar meninggal dunia selepas 6 bulan

Penyakit kanser adalah suatu masalah yang tidak boleh dipandang enteng di negara kita ini. Menurut data, terdapat peningkatan bilangan kes baharu kanser dikesan dalam tempoh lima tahun bermula 2012 hingga 2016 iaitu 115, 238 kes berbanding 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 jenis kanser tertinggi dikesan dihidapi rakyat negara ini bagi tempoh 2012 hingga 2016 ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari.

Kanser ini juga tidak memilih umur untuk menghidapi seseorang. Sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan cerita tular mengenai Baby Ammar berusia 4 bulan yang mana dia telah menghidap dua jenis kanser.

Perkongsian oleh ibunya mendapat perhatian rakyat Malaysia

Selepas menjalankan ujian CT Scan, Ammar telah disahkan menghidap dua jenis kanser iaitu Maglinant Radhoid Tumor dan Tumor Otak. Doktor yang merawat Amma memberitahu keluarganya bahawa bayi tersebut hanya tinggal baki 6 bulan sahaja untuk hidup.

Perkongsian ini telah menyebabkan kebanyakan netizen mendoakan semoga Baby Ammar ini cepat sembuh dan sihat suatu hari nanti.

Namun begitu, takdir telah menentukan segalanya. Pada 1 Mei 2021, ibu kepada Ammar, melaluinya Instagram-nya @ieraaqila telah berkongsi suatu kisah yang menyedihkan kita semua.

“Assalamualaikum semua, our beloved Ammar Bin Zulhairy sudah selamat pulang ke negeri abadi tepat pukul 5.05 petang disamping Mummy & Abi dengan sangat-sangat tenang.

Redha okay semua? Ammar love you, 3000

Lots of love.”

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat baby Ammar anak syurga ini, dan ucapan salam takziah pada ibu dan ayahnya, semoga berkat kesabaran ini Allah beri lebih kekuatan dalam hidup dan pasti akan jumpa kembali anak mereka.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *