Jemaah haji Malaysia akan terima suntikan Pfizer dan AstraZeneca sahaja. Ini sebabnya

Jemaah haji Malaysia akan terima suntikan Pfizer dan AstraZeneca sahaja. Ini sebabnya

Sebagai seorang muslim, menunaikan ibadah haji adalah salah satu rukun yang perlu dilaksanakan apabila berkemampuan. Rakyat Malaysia yang layak akan diberi peluang menunaikan rukun itu pada tahun ini.

Mungkin terdapat kelainan sedikit dari pelaksanaan dikala pandemik ini bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Ini termasuklah hal berkaitan vaksin yang akan diterima oleh para jemaah haji sebelum masuk ke negara itu.

Jemaah haji akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca

Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca seperti yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu.

“Menerusi perbincangan ini, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi. Sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan,” – katanya

Ketika ditanya mengenai perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah itu.

Arab Saudi ketika ini belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan negara itu hanya mengiktiraf vaksin COVID-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *