Kedua ibu bapa mati akibat COVID-19. Kisah anak berumur 12 tahun ini jadi gelandangan

Kedua ibu bapa mati akibat COVID-19. Kisah anak berumur 12 tahun ini jadi gelandangan

Perang melawan pandemik COVID-19 masih belum menuju jalan penamatnya. Saban hari, kes positif di negara kita ini dalam lingkungan 3,000 dan ke atas. Jumlah kematian juga masih berlaku setiap hari dengan jumlah dua angka.

Kematian akibat COVID-19 ini juga bukan sahaja membimbangkan kita semua. Ia juga telah meruntuhkan sesetengah kehidupan berkeluarga seseorang.

Begitulah yang terjadi kepada seorang anak berumur 12 tahun di Bukit Raja, Klang seperti yang telah dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew.

“Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis”

Dalam satu paparan yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew, dia telah membantu seorang anak berusia 12 tahun yang kini menjadi gelandangan. Kenapa ini semua boleh berlaku?

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur di jalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid.

Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.” – tulis Ebit Lew

Menurut Ebit Lew, dia telah bergegas mencari adik ini. Budaknya seorang yang baik dan sangat beradab. Bila ditanya mak ayahnya sahaja, terus adik ini menangis.

“Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.”

Difahamkan, anak ini telah dimasukkan ke sekolah madrasah oleh Ustaz Ebit Lew.

Lihatlah saudara mara dan jiran anda, kerana COVID-19 is real

Pandemik COVID-19 telah meninggalkan pelbagai kesan yang besar pada sektor ekonomi dan kesihatan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, selain sektor kesihatan yang menjadi keutamaan, faktor ekonomi juga dikhuatiri boleh memberi kesan termasuk peningkatan kadar bunuh diri.

“Sektor kesihatan adalah keutamaan, kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang akan melihat kepentingan sektor kesihatan itu penting dan ekonomi diletakkan perkara kedua.

Tetapi ekonomi hanya akan baik jika sektor kesihatan baik, tetapi ekonomi juga boleh membunuh apabila ramai yang berdepan dengan kesempitan ekonomi.” – katanya

Walaupun sesetengah daripada kita mungkin bernasib baik dari segi ekonomi keluarga dan pekerjaan, tidak bermakna kita boleh bergembira tanpa membantu dan menginsafi orang lain yang mungkin terkesan teruk akibat COVID-19.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.