Pantang menyerah kalah. Ini kisah diet dan rutin harian Pandelela Rinong sebelum juara

Pantang menyerah kalah. Ini kisah diet dan rutin harian Pandelela Rinong sebelum juara

Seluruh rakyat Malaysia amat gembira dan berbangga dengan kejayaan ratu terjan negara, Pandelela Rinong apabila meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu pada Piala Dunia Terjun FINA di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Dia berjaya mengumpul 355.70 mata dalam lima terjunan untuk mengunguli acara itu dan menewaskan Matsuri Arai dari Jepun yang terpaksa berpuas hati meraih tempat kedua dengan 342 markah.

Kejayaannya ini bukanlah dicapai dengan semudah yang kita sangka. Dia telah mengamalkan suatu rutin, gaya hidup serta mentaliti seorang juara sepanjang kariernya.

Saya juga mengamalkan kebiasaan memakan sup setiap hari

Beberapa tahun lalu, Pandelela Rinong pernah berkongsi mengenai gaya hidupnya melalui temu bual dengan PurelyB. Ketika berbicara tentang apa yang dia makan sebelum berlatih, Pandelela sangat berwaspada dengan apa yang dimakannya.

“Biasanya sebelum latihan, saya tidak akan mengambil banyak karbohidrat, makanan berminyak dan pencuci mulut.

Di China (lokasi latihan ketika itu), diet yang saya makan terdiri daripada pengambilan protein dan serat yang tinggi; sementara karbohidrat sebagai hidangan sederhana. Saya juga mengamalkan kebiasaan memakan sup setiap hari, ” – katanya

Untuk kekal bertenaga, rupa-rupanya dia mengamalkan amalan tidur sebentar atau nap dalam rutin hariannya.

“Saya tidur siang selama kira-kira dua jam sebelum meneruskan latihan dari jam 3-6 petang. Selepas makan malam, saya melakukan rawatan pemulihan sendiri sebelum tidur, iaitu antara pukul 10.30 hingga 11.30 malam.” – katanya lagi

Menggambarkan secara visual terjunan memberi kesan yang besar

Persiapan mental adalah sama pentingnya dengan makanan fizikal dan Pandelela sangat mempercayai perkara itu. Dia merasakan bahawa menggambarkan secara visual, terjunan dan pergerakannya memberi kesan yang besar pada keseluruhan persembahannya.

Dia juga memberi kredit kepada kepercayaan agama untuk membantunya mendapatkan dorongan yang dia perlukan.

“Saya meluangkan masa untuk melakukan latihan visualisasi terjunan saya, dan membaca doa saya setiap hari.” – katanya

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *