Bawa beg keluar jam 6.30 pagi. Polis sedang mencari pesakit COVID-19 ini lari dari wad

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan negara kita telah menyebabkan kehidupan harian tidak lagi normal seperti dahulu. Hospital juga kini sesak dengan bilangan pesakit yang semakin bertambah.
Bilangan pesakit yang ramai ini juga telah menimbulkan cerita-cerita yang pelbagai berkaitan pesakit. Baru-baru ini, dilaporkan berita mengenai seorang pesakit COVID-19 yang lari dari hopsital setelah enam hari menerima rawatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata lelaki berusia 39 tahun itu dikenali sebagai Azizi Sarip, 39, dilaporkan tiada di wad.
Dia telah disahkan positif COVID-19 melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa lalu.
“Polis kini sedang giat mengesan lelaki terbabit sejak dilaporkan menghilangkan diri dan tiada di katilnya di wad B1.
Hasil maklumat pesakit lain memaklumkan, bahawa lelaki itu telah membawa beg dan barangan peribadinya keluar pada jam 6.30 pagi,” – katanya.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mendapatkan rawatan di hospital sama bagi tujuan pembedahan kecil pada tangannya ekoran bernanah pada Khamis lalu.
Satu pasukan digerakkan ke rumahnya, tapi tiada di rumah
“Saringan COVID-19 dilakukan ke atas pesakit sebagai prosedur hospital dan dimasukkan ke pusat kuarantin di wad B1 Hospital Lama Sungai Petani setelah keputusan swab positif diperoleh pada Jumaat lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengenal pasti punca jangkitan kontak rapat lelaki itu di mana kes itu masih disiasat,” – katanya.
Menurut laporan Astro Awani, satu pasukan khas digerakkan untuk mengesan lelaki terbabit di rumahnya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang namun, tiada di rumah. Katanya, KKM juga telah dimaklumkan untuk mengesan lelaki terbabit.
“Sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut,”
Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat