Kes video anak 2 tahun diberi hisap vape. Ini apa yang berlaku kepada ibu bapanya

Kes video anak 2 tahun diberi hisap vape. Ini apa yang berlaku kepada ibu bapanya

Beberapa hari lalu, telah tular sebuah klip video berdurasi 12 saat yang menunjukkan, seorang kanak-kanak sedang menonton video animasi kanak-kanak di telefon bimbit, disuap dengan vape sebanyak dua kali.

Lebih jelas lagi, sedutan kali kedua menunjukkan mangsa terasa seperti sukar bernafas. Pada mulanya, wanita terbabit tetap mempertahankan tindakannya dengan menegaskan bebas memuat naik apa sahaja di laman sosialnya.

https://www.youtube.com/watch?v=A9cAqeNdStY

Selepas dikecam teruk oleh netizen, wanita terbabit meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan video itu dan memohon maaf kerana tidak sangka tindakannya memuat naik video itu mengundang persepsi tidak elok selain bimbang kejadian buruk berlaku kepada anaknya.

Pihak polis berjaya mengesan lokasi rumah mereka selepas menerima laporan

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang diberikan rokok elektronik atau vape untuk dihisap. Penahanan ini adalah hasil laporan polis oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pada jam 4.50 petang, 4 mei 2021, sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai JKM pergi ke sebuah kediaman di PPR Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan off Jalan Genting Klang, Setapak, selepas mengesan kediaman kanak-kanak berkenaan.

Pihak polis dan JKM menyelamatkan kanak-kanak terbabit dan membawa bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum mereka ditahan di wad untuk pemeriksaan susulan.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian suspek memberi anaknya menghisap vape dikesan berlaku di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, Selangor, pada 2 Mei lalu,”

Polis kemudian menahan bapanya yang berusia 23 tahun kerana perbuatannya itu dan siasatan mendapati ketika kejadian ibu mangsa merakam situasi berkenaan namun suspek memberikan vape kepada anaknya.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001,”

Menyedut vape boleh meninggalkan parut kekal di saluran udara terkecil

Antara kandungan vape adalah diasetil yang sering ditambah ke dalam e-cecair berperisa untuk meningkatkan rasa. Menyedut diasetil menyebabkan keradangan dan boleh meninggalkan parut kekal di saluran udara terkecil dalam paru-paru yang menyukarkan pernafasan.

Penyakit ini juga dipanggil sebagai popcorn lung atau nama lain bagi bronkiolitis obliterans (BO), keadaan yang agak jarang berlaku akibat kerosakan saluran udara kecil paru-paru.

Jangan lupa bahan berminyak dalam vape. Ini kerana tak seperti pneumonia (penyakit paru-paru) yang disebabkan oleh jangkitan, pneumonia lipoid pula berkembang apabila asid lemak memasuki paru-paru.

Pneumonia lipoid yang berkaitan dengan vaping adalah hasil penyedutan bahan berminyak yang terdapat dalam e-cecair, yang mencetuskan tindak balas keradangan di paru-paru.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *