Aktivis ini dedah kes suami mempunyai hubungan sulit dengan ibu kandung isterinya

Aktivis ini dedah kes suami mempunyai hubungan sulit dengan ibu kandung isterinya

Malaysia sebuah negara yang aman dan damai tanpa peperangan, jika dilihat secara luarannya. Namun, jika kita pergi lebih terperinci ke dalam masyarakatnya, ia tidaklah aman damai seperti yang kita sangkakan.

Masih terdapat sisi-sisi gelap di dalam masyarakatnya yang pasti buat seseorang itu terkejut mendengarnya. Sisi-sisi gelap dalam masyarakat ini sebenarnya boleh kita dengar daripada aktivis-aktivis atau NGO yang setiap hari berjuang menyelesaikan kemelut di dalam masyarakat.

Salah seorangnya adalah aktivis terkenal, Syed Azmi yang banyak berkongsi kes-kes berkaitan kanak-kanak dan rumah tangga yang diuruskannya. Baru-baru, satu perkongsian kesnya telah menjadi tular dan sangat mengejut ramai pihak.

Kes suami mempunyai hubungan sulit dengan ibu kandung isterinya

Dalam perkongsian video bersama mangsa, iaitu isteri atau wanita tersebut, Syed Azmi telah menulis sedikit mengenai kes di FB-nya seperti berikut:

“Assalam Tuan Syed. suami saya ada hubungan sulit dengan ibu kandung saya. Mereka pernah bersama bersetubuh. Dah ibu saya pernah mengandung anak suami saya. Tapi gugur di awal kandungan. Ibu saya umur 50 tahun.

Banyak kali dah kali bergaduh mengenai hal ini. Kalau kira kemaafan dah berpuluh kali saya maafkan. Konon dah tak buat lagi. Nangis depan sangat konon bertaubat. Sampai satu tahap 2 bulan lepas nekad saya mintak dia ceraikan saya.

Dia tak nak ceraikan saya. Saya tak nak hidup dengan kebencian. Saya tak nak jadi isteri derhaka. Lebih baik saya berundur. Bukan sekali dia tipu saya.

Ibu saya pulak last 2 month saya cakap saya mintak cerai. Ibu ckp memag patut lar apa lar. Dia advice kononnya. Tapi rupanya semua munafik. Penipu.

Kalau lar tue bukan ibu saya memang saya dah maki hamun. Tapi saya tahan saya tahan sakit nie.” – tulis Syed Azmi

Dalam kes ini, Syed Azmi turut mengingatkan orang ramai, jangan sibuk menghukum mangsa atau keluarga mangsa. Cukuplah sekadar kita mengambil tahu dan mengambil pengajaran. Video penuh boleh dilihat di pautan ini: https://www.facebook.com/721706477/videos/10158271938331478/

Berkongsi masalah dapat melegakan ramai orang yang dalam kegusaran

Bagi Syed Azmi, wanita ini berkongsi masalah pun dah cukup bagaus kerana ini bukanlah pertama kali dia menguruskan kes seperti ini.

“Anda yang rasa jijik, bayangkan dia yang dalam tu. Dia perlukan semangat, cara, buang kegusaran dan mulakan hidup baru. Kesian lah kat dia. Lagi baik dia cari bantuan dari duduk senyap sahaja. Kan.”

Hal yang dilakukan seperti aktivis Syed Azmi, sedar atau tak, telah membantu ramai orang yang berada dalam masalah besar dalam hidupnya. Menurut portal Psychology Today,

“Kajian menunjukkan bahawa hanya membicarakan masalah kita dan berkongsi emosi negatif kita dengan seseorang yang kita percayai dapat menyembuhkan secara mendalam — mengurangkan tekanan, menguatkan sistem imun kita, dan mengurangkan tekanan fizikal dan emosi.”

Semoga kita semua mengambil pengajaran dan mendoakan orang dipermudahkan urusan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *