Kenali Nenek Bawang Lusang, penerima suntikan tertua di Malaysia. Ini kisahnya

Kenali Nenek Bawang Lusang, penerima suntikan tertua di Malaysia. Ini kisahnya

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah pun berada fasa kedua ketika ini. Fasa kedua ini disasarkan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU) dan individu mempunyai komorbiditi.

Setakat ini, individu tertua yang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia ialah Bawang Lusang berusia 97 tahun. Puan Bawang disuntik dos pertama di Klinik Kesihatan Belaga pada 7 Mei 2021 dan kisahnya dikongsi Pusat Maklumat Rakyat Belaga di FB.

“Semangat dan keberanian Puan Bawang Lusang yang berasal dari Rumah Aging, Long Daah, Belaga perlu dicontohi dalam usaha menyahut seruan kerajaan bagi memastikan sebanyak mungkin penduduk di Malaysia menerima vaksin.

Semoga semangat Nenek Bawang mampu menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana. Syabas nenek Bawang,”

Laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi catatan tersebut.

Beliau tersenarai untuk menerima dos suntikan jenis Sinovac

Kita semua harus mencontohi semangat ditonjolkan Bawang Lusang, penerima vaksin tertua di Belaga kerana sanggup tampil untuk menerima suntikan vaksin.

Pada usia 97 tahun, Bawang tetap menggagahi dirinya untuk hadir di klinik sambil ditemani cucu beliau demi mendapatkan suntikan tersebut.

Beliau antara 140 warga emas dari seluruh Belaga termasuk dari Daerah Kecil Sungai Asap yang telah tersenarai untuk menerima dos suntikan jenis Sinovac itu.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk warga emas di Daerah Belaga telah bermula pada Jumaat bertempat di Klinik Kesihatan Daerah Belaga. Program berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sementara itu, seorang lagi penerima vaksin, Hurang Lating (85 tahun) dari Uma Nyaving turut menggesa masyarakat untuk menerima vaksin kerana ia adalah untuk kebaikan dan keselamatan diri sendiri, keluarga dan juga untuk seluruh komuniti.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *