Nampak jiran balik kampung tanpa kebenaran, pihak polis minta tolong kita laporkan

Nampak jiran balik kampung tanpa kebenaran, pihak polis minta tolong kita laporkan

Pihak polis telah menyatakan beberapa strategi mereka untuk mengesan mereka yang pulang ke kampung untuk beraya. Sebelum ini, terdapat idea seperti menghitung jumlah selipar di luar rumah, jumlah kereta dan baki kad bayaran tol.

Kali ini, pihak polis menasihatkan orang ramai agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad, maklumat sedemikian diperlukan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

Jumlah anggota untuk pastikan pematuhan SOP akan dipertingkatkan

“Polis Perlis juga akan tingkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu di kawasan perumahan… termasuk memperketatkan kawalan di sempadan negeri, stesen bas dan stesen kereta api,” – katanya

Datuk Surina Saad juga menasihati orang ramai agar mematuhi SOP Aidilfitri yang ditetapkan oleh kerajaan dan berada di rumah kecuali mempunyai urusan penting.

Menurutnya, kadar pematuhan SOP di Perlis adalah tinggi iaitu 98 peratus dan berharap orang ramai terus mematuhi ketetapan itu bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri hijau dan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

Mengulas mengenai jumlah kenderaan yang dikesan bertambah di Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini, Surina berkata, jumlah kemasukan kenderaan ke negeri itu tidak serius iaitu sekitar lima peratus berbanding hari biasa.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *