Katil ICU semakin penuh. Kita tidak mahu sampai terpaksa pilih siapa hidup, siapa mati

Katil ICU semakin penuh. Kita tidak mahu sampai terpaksa pilih siapa hidup, siapa mati

Jumlah kes harian positif COVID-19 di negara kita belum menunjukkan tanda-tanda menurun. Ketika ini katil ICU untuk Covid-19 semakin dipenuhi pesakit.

Ketua Pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meminta kerjasama orang ramai untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan tidak runtuh.

Kita tidak mahu berakhir apabila terpaksa memilih siapa yang hidup dan siapa yang mati

Menurutnya, ini bagi mengelak hingga ke tahap perlu pilih siapa yang hidup, siapa yang mati. Begitulah peringatannya kepada masyarakat berhubung trend jangkitan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan mendadak di negara ini termasuk global.

Meskipun kita masih berkemampuan dari segi kemudahan kesihatan, ia bukan alasan untuk rakyat terus mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kita tidak mahu berakhir seperti beberapa negara apabila kita memilih siapa yang hidup dan siapa yang mati. Ketika ini kita masih ada kapasiti, tetapi kita sarankan semua rakyat untuk pastikan mereka mematuhi SOP sebab kita berada dalam situasi kritikal.

“Katil di hospital awam dan hospital kerajaan semakin penuh. Kita harap, berikan kita masa dua minggu dan kemudiannya ia akan memberikan ruang penampan untuk kita siap siaga dan menguruskan kembali diri serta kemungkinan untuk menurunkan jumlah kes supaya hospital boleh memenuhi keperluan pesakit dijangkiti Covid-19,” – katanya pada sidang media yang lalu

Memerlukan pendekatan luar biasa untuk menangani penularan COVID-19

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini negara memerlukan masa untuk melaksanakan pendekatan luar biasa untuk menangani penularan Covid-19. Beliau berkata, pihaknya ada mengadakan mesyuarat untuk menentukan keputusan kolektif bagi melihat isu ini.

Ini adalah tempoh luar biasa dan kita memerlukan pendekatan luar biasa. Ini bukan waktu kebiasaan apabila kita boleh berpuas hati.

“Jadi, kita harap semua agensi dan sektor relevan berkenaan akan mengikuti garisan panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tiada perhimpunan besar kerana ia sebenarnya punca jangkitan.

“Kita cuba mengelak majlis super spreader (perebak utama). Jika kita boleh mengelak majlis itu seperti majlis perkahwinan atau kematian,” – katanya

Beliau berkata, Kluster Pasai membabitkan upacara kematian dan ia menjadi majlis super spreader. Menurutnya, majlis perkahwinan turut direkodkan sebagai majlis super spreader.

“Raya ini, kita harapkan tiada peningkatan mendadak jangkitan. Kenapa tidak kita lakukan sekali lagi. Sekarang, kes amat tinggi. Jika anda dijangkiti dan datang ke hospital dan jika tidak mempunyai cukup katil ICU (unit rawatan rapi), kita dalam masalah,” – katanya

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *