Pengguna FB ini pertikai Lebuhraya sesak untuk pulang ke KL dari Pantai Timur. Ini puncanya

Pengguna FB ini pertikai Lebuhraya sesak untuk pulang ke KL dari Pantai Timur. Ini puncanya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya sendu dan sunyi untuk kebanyakan kita. Tidak dibenarkan balik kampung serta ziarah rumah ke rumah jiran pun tak boleh.

Dalam kita mematuhi SOP ini, nampaknya masih ada ramai lagi degil. Baru-baru ini. telah tular gambar kesesakan trafik di Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Gombak pada malam Ahad. Seolah-seolah trdapat ramai orang yang balik kampung dan kembalik ke KL kerana hari Isnin, hari bekerja.

Pengguna FB

Seorang pengguna FB, Zulhafidz Yahaya mempertikaikan situasi ini dengan menulis, TAKKAN SEMUA NI PJJ DAN URUSAN KERJA DAN PERNIAGAAN? URUSAN KERJA APA BALIK MALAM?

Dari Jam 8.30 Malam 16 May 2021, sampai Jam 1.30 Pagi 17 May 2021, Lebuhraya Karak, menghala Kuala Lumpur, Plaza Tol Gombak, sesak teruk.

Sementara itu, semua highway lain, Akleh, Plus Arah Utara, Plus Arah Selatan, Penang Brigde 1 & 2, Tuas, Elite, NKVE, semuanya sunyi.

Takkan semua dari arah pantai timur ni PJJ? Dah lepas balik beraya, balik ke Klang Valley balik? Duk main keluar masuk kawasan wabak?

PKP apa benda macam ni tatkala orang lain berkurung duduk dalam rumah, tak balik kampung walau seberang daerah. Aduhai….

Bilanya nak turun kes kalau lepas sana lepas sini ni?”

Rentas negeri adalah satu daripada faktor penyumbang kepada kluster kes-kes baharu

Pada Mac yang lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa rentas negeri adalah satu daripada faktor penyumbang kepada kluster kes-kes baharu positif COVID-19 dan sebanyak 32 kluster ‘balik kampung’ dan rentas negeri direkodkan sebelum ini.

“Contoh di Sarawak, dulu sebuah negeri hijau dan terbaik di negara ini daripada segi kawalan namun akibat aktiviti balik kampung, sebuah rumah panjang menjadi kluster dan sekarang Sarawak banyak zon merah dan jingga,”

Ssatu lagi contoh klasik adalah keadaan COVID-19 di Kelantan apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri pada Disember tahun lepas, rakyatnya yang tinggal di Lembah Klang ramai pulang ke kampung.

“Akibatnya lebih 65 peratus daerah di negeri itu bertukar menjadi zon merah dan kes terus meningkat sehingga status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan di negeri itu ditukar kepada PKP kerana kes ‘balik kampung'”

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *