Tak semua sayur berkualiti. Ini sayur-sayuran yang terbukti mampu cegah penyakit kronik

Tak semua sayur berkualiti. Ini sayur-sayuran yang terbukti mampu cegah penyakit kronik

Sesuatu penyakit kronik itu boleh menimpa sesiapa sahaja. Di Malaysia juga, hal penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser dalam kalangan rakyat Malaysia semakin membimbangkan.

Salah satu penyakit kardiovaskular yang sering dihidapi sebahagian masyarakat adalah penyakit jantung. Ia tidak mengejutkan apabila data mendapati penyakit jantung iskemik atau Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama di Malaysia dengan 15.6 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018.

Selain itu, penyakit kanser semakin meruncing di negara kita ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya mendapati terdapat peningkatan kes baharu membabitkan kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 iaitu 115,238 kes berbanding dengan 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011.

Pada Januari 2020, Kementerian Kesihatan mendedahkan 10 jenis kanser tertinggi yang dikesan mengikut keutamaan ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari dalam kalangan rakyat bagi tempoh 2012 hingga 2016.

Sayur-sayuran “bertenaga tinggi” tertentu dapat membantu mencegah penyakit kronik

Para pakar kesihatan telah memikirkan pelbagai jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko penyakit kronik di seluruh dunia. Salah satunya adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Pemakanan yang sihat bermaksud perlunya kita memberi perhatian dalam pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tapi, perlu diingatkan bahawa bukan semua sayur dan buah yang kita makan itu membantu dalam mengurangkan risiko penyakit kronik. Oleh sebab itu, kita mesti mengamalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan bertenaga tinggi atau powerhouse fruit and vegetable (PFV) dalam kehidupan seharian kita.

“Para saintis mengatakan bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran “bertenaga tinggi” tertentu dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan barah tertentu.” – Petikan dari Huffpost

Buah-buahan dan sayur-sayuran bertenaga tinggi (PFV) digambarkan sebagai bahan berdaun hijau, kuning atau oren, sitrus, dan bentuknya bersilang.

Kajian oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di US mendapati terdapat 41 sayuran-sayuran dan buah-buahan telah dikategorikan sebagai bertenaga tinggi (powerhouse). Daripada senarai sayur-sayuran tersebut, kebanyakannya dijual oleh rakan kami di BoomGrow.

Produk-produk sayur BoomGrow dipantau menggunakan teknologi AI

Boomgrow menanam sayur menggunakan konsep ladang menegak (vertical farming). Sayur-sayuran Boomgrow ditanam di bawah lampu buatan dengan sensor Internet of Things (IoT) serta dipantau menggunakan teknologi AI, bagi mengesan segala-galanya dari segi perubahan warna daun hingga komposisi nitrat.

Dengan kelengkapan teknologi yang ada, komposisi bahan yang diperlukan sayur untuk tumbuh boleh dilakukan dengan mudah sekali. Begitu juga sayur-sayuran yang dulunya hanya sesuai ditanam di negara lain, kini boleh tumbuh di Malaysia.

Pengguna hari ini boleh dapatkan sayur-sayuran seperti Curly Kale, Swiss Chard dan Rocket Arugula di Ampang. Ia tak perlu lagi datang dari Australia.

Menariknya, sayur-sayur ini telah dikategorikan sebagai produk sayur bertenaga tinggi (powerhouse green). Sayur-sayuran yang boleh anda beli di Boomgrow adalah seperti berikut:

1. Swiss Chard/Rainbow Chard: Kehebatannya yang terserlah jika dihidang dengan sup

Sayur ini sebahagian daripada keluarga bayam yang menawarkan rasa yang cukup bersahaja. Ia sering digunakan di dalam masakan Mediterranean. Biasanya, ia mempunyai daun hijau gelap dengan tangkai tebal yang berwarna merah, putih, kuning atau hijau.

Tangkai berwarnanya ini mampu menaikan lagi warna hidangan salad. Tak lupa juga, kehebatannya yang terserlah jika dihidang dengan sup dan campuran dalam menumis masakan.

Khasiatnya yang terbukti seperti mengandungi kalsium, copper, magnesium, mangan, zat besi, kalium, protein, dan Vitamin A, C, E, dan K.

2. Rocket Arugula: Sangat lazat jika disajikan di dalam salad

Ia juga dikenali sebagai arugula, rucola dan roquette, telah lama berperanan dalam masakan Itali dan Mediterranean. Di Rom kuno dan Mesir, daun dan biji arugula dipercayai boleh meningkatkan keupayaan seks (afrodisiak).

Dalam resipi, sayur ini boleh dijadikan garing dan pedas serta sangat lazat jika disajikan di dalam salad. Boleh ditambah di dalam pasta dalam keadaan layu atau dihiaskan di atas permukaan pizza.

Kelebihannya sangat banyak seperti mengandungi Vitamin A, C dan K, fosforus, quercetin serta zeaxanthin dan lutein.

3. Red Giant Mustard: Menarik apabila dikukus ringan, digoreng atau tumis

Warna daunnya yang unik iaitu berwarna kuning ungu dan berwarna hijau pucat, menjadikan ia menyelerakan. Biasa dijumpai dalam campuran mesclun, daunnya sedikit bertekstur dan rasa mustard ringan segar dan lembut.

Ia sangat sesuai dan menarik apabila dikukus ringan, digoreng atau tumis. Red Giant Mustard mengandungi 4–5% Nilai Harian untuk kalsium, zat besi, kalium, riboflavin (vitamin B2), magnesium, dan tiamin (vitamin B1),

4. Kale Medley: Sedap bersama salad, sup dan pesto 

Sayur Kale mempunyai nilai sejarah selama 2000 tahun dan merupakan salah satu yang paling meluas penggunaannya pada zaman pertengahan.Bagu Kale Medley yang dihasilkan BommGrow, ia mempunyai rasa yang mendalam serta berperisa kacang. Ia tetap enak sama ada secara mentah atau pun tumis.

Menariknya, ia sedap bersama salad, sup dan pesto atau digoreng menjadi kerepek rangup!

Ia juga padat dengan antioksidan dan sifat anti-radang. Hebatnya sayur ini kerana mengandungi Vitamin A, C, dan K, yang sangat penting dalam membantu pembekuan darah.

5. Paris Cos Romaine: Pelengkap bagi sandwic atau salad Caesar

Romaine, juga dikenali sebagai Paris Cos Romaine, tersenarai sebagai 10 makanan teratas sayur bertenaga tinggi (powerhouse) oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC). Semestinya mampu mengurangkan risiko penyakit kronik.

Daun yang lembut itu agak mudah dilipat untuk mencedok apa-apa dip atau dressing. Teksturnya yang rangup serta rasa kekacangnya menjadi pelengkap bagi sandwic atau salad Caesar bersama telur rebus dan lain-lain resipi. Boleh juga dicampur bersama bawang goreng dan ikan bilis.

Keenakannya seiring dengan khasiatnya sebagai sumber vitamin A yang sangat baik – satu cawan mempunyai 81% nilai pengambilan harian – serta beberapa vitamin B dan C dan kalium. Ia juga merupakan sumber serat makanan yang sangat baik, vitamin A, C, dan K, thiamin, folat, zat besi, kalium, dan mangan.

Sayur BoomGrow mempunyai harga yang berpatutan

Sayur BoomGrow mempunyai harga yang berpatutan atau harga cun cun sahaja. Bayangkan, hanya dengan RM45.00 (tak sampai RM50), anda boleh dapatkan pakej HEALTHY START:

  • 2 jambak Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (200g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 4 jambak Kale Medley (210g)
  • 2 jambak Rocket (100g)
  • 1 paket Pudina (percuma)

Sayur-sayur berkualiti yang biasanya kita import dari Australia, tidak lagi perlu ditanam di sana. BoomGrow telah berjaya menanamnya di sini, terutamanya di Ampang. Kita boleh dapatkan Kale dan Swiss Chard dengan hanya RM55.00 dalam pakej GETTING THERE:

  • 1 kepala Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (100g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 4 jambak Kale (210g)
  • 3 jambak Swiss Chard (200g)
  • Ditambah Herba Shot Basil (100g)
  • Pudina (percuma)

Tambah sahaja lagi RM10 dah boleh dapat banyak gila sayur berkualiti dan bebas racun serangga ini melalui pakej BETTER THAN EVER:

  • 2 jambak Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (200g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 5 jambak Kale (265g)
  • Bayam baby (100g)
  • Upland cress 180gms
  • 1 pudina (percuma)

Jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan Langkawi, boleh buat tempahan di sini. Buktikan yang anda betul-betul mahu mengubah cara pemakanan sayur anda tanpa ragu bersama BoomGrow!

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *