Berpunca dari solat berjemaah & tadarus di surau. 78 orang kampung ini dijangkiti Covid-19

Berpunca dari solat berjemaah & tadarus di surau. 78 orang kampung ini dijangkiti Covid-19

Sebelum ini SOP telah ditetapkan mengenai aktiviti keagamaan agar dapat membendung penularan COVID-19. Namun begitu, masih ada yang berdegil serta menerima padahnya.

Di Kampung Pauh Lima, dekat Bachok, sebanyak 78 kes positif Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 11 hari sehingga 17 Mei 2021 . Difahamkan kes itu berpunca daripada penduduk kampung yang mengadakan solat berjemaah dan tadarus di sebuah surau.

Kes itu kemudian menular dan menjangkiti penduduk di perkampungan berkenaan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan sebanyak 78 kes yang dicatatkan di kampung itu sejak 7 Mei lalu.

Kes itu dicatatkan hasil daripada saringan terhadap 238 individu.

“Terdapat dua kematian yang dicatatkan di lokasi itu dan kita masih menyiasat punca kes jangkitan. Saya menasihatkan orang ramai supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan Covid-19 daripada menular,” – katanya.

Beliau berkata, kepada penduduk kampung yang mempunyai gejala dan kontak rapat dengan pesakit Covid-19 boleh membuat ujian saringan di lokasi ditetapkan.

Gelombang Covid-19 ini berbeza daripada gelombang pertama di Kelantan

Menurut Dr. Zaini lagi,  gelombang Covid-19 ini berbeza daripada gelombang pertama di Kelantan kerana kes dalam komuniti semakin banyak dan sentiasa wujud kluster-kluster baharu.

Kadar kebolehjangkitan juga tinggi di Kelantan dan wujudnya varian baru yang cepat merebak dan lebih agresif,” – katanya.

Terdahulu, tular di Facebook dan WhatsApp bahawa Kampung Pauh Lima akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan kes Covid-19 yang tinggi di lokasi itu. Orang ramai mendakwa ia juga berpunca daripada solat berjemaah dan tadarus di sebuah surau.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *