Pernah terima gambar anu diletak atas mukanya. Farahdhiya dedah mesej lelaki psycho

Perkembangan teknologi media sosial telah menyebabkan komuniti di seluruh dunia hidup dengan lebih dekat dengan cara yang tidak kita sangka. Begitu juga, kehidupan privasi seseorang yang begitu mudah diakses apabila dikongsi di platform media sosial masing-masing.
Para selebriti pastinya yang paling mendapat perhatian apabila berkongsi kehidupan seharian mereka di media sosial. Malangya, ramai pula yang mengambil kesempatan terhadap selebriti-selebriti ini.
Terbaru, pelakon dan penyanyi Farahdhiya berang dengan sikap segelintir lelaki yang sering mengganggunya di Instagram. Katanya, dia sudah hilang sabar apabila sering mendapat mesej dan gambar yang tidak sepatutnya.
Menerima mesej sehingga ada yang mahu mencari alamat rumahnya
Menurut Farahdhiya lagi, dia terlalu banyak menerima mesej sehingga ada yang mahu mencari alamat rumahnya dah mahu mengajaknya berjogging.
“U are invading my personal space and my privacy! All I can say korang ni Psycho! Stop harassing me! “I Sayang u, I Sayang u” apa kau merepek ni setan?? I don’t even know u! This is wrong and scary!!” tulisnya.
Tegasnya, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya terus diganggu.
“Leave me alone sebelum saya tidak teragak2 utk membuat laporan polis kerana bertahun2 saya sabar dgn perangai2 kurang ajar lelaki yg begini di social media,enough is enough! Apabila tidak ada rasa hormat pada perempuan,inilah jadinya.
“Just because I don’t have a father anymore it doesn’t mean I can’t protect and stand up for myself ok? Jangan cabar saya coz I’ll go straight to the police. Fullstop,” tulisnya lagi
Apakah itu psikopat?
Menurut Hello Sehat, psikopat (psychopath), atau sering disebut dengan psycho, adalah gangguan mental yang dikesan dengan kurangnya empati dan kawalan perilaku yang buruk atau impulsif.
Sikap ini mengakibatkan penghidap sakit ini memiliki perilaku antisosial, serta cenderung melanggar aturan dan melakukan tindakan jenayah, termasuk kekerasan.
Menurut para ahli psikologi, psikopat sebenarnya adalah sebahaigan dari gangguan personaliti antisosial (antisocial personality disorder/APD).
Jika ada orang sekeliling atau kenalan anda yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Bantulah mereka dengan mendapat rawatan kesihatan mental di hospital dan klinik yang sesuai.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat