Sudah beribu-ribu sign. Rakyat mulakan petisyen agar Neelofa dipenjara kerana langgar SOP

Sudah beribu-ribu sign. Rakyat mulakan petisyen agar Neelofa dipenjara kerana langgar SOP

Serangan netizen kepada selebriti, Neelofa masih lagi tidak berhenti walaupun pernah reda seketika. Ini kerana kes pelanggaran SOP terus menerus berlaku samada dari pihak dirinya atau pun keluarganya sendiri.

Kesabaran netiezen terhadap Neelofa telah sampai hadnya apabila apabila satu petisyen bagi memastikan selebriti itu menerima hukuman setimpal atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan selama ini.

Petisyen bertajuk Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera telah mula berlegar dalam media sosial. Di dalam petisyen itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan Neelofa untuk rujukan semua pihak.

Isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard

Dalam petisyen yang menggunkana platform Change.org itu telah menjelas matlamat petisyen dan tujuan utama ia dibuat.

“Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik COVID-19. Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau.”

Berikut kesalahan-kesalahan melanggar SOP yang telah beliau dan keluarga beliau telah lakukan:

1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil)

2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)

3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan)

4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (langgar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)

Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera dipenjarakan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!

Jika anda bersama dengan gerakan ini. Boleh tandakan sokongan anda dengan mengisi petisyen ini di sini: https://www.change.org/p/pdrm-langgar-sop-pdrm-penjarakan-neelofa-segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *